
Biskut Makmur
Resepi Biskut Makmur, resepi kuih yang menambahkan lagi kepelbagaian di hari raya. Menggunakan kacang tanah yang dikisar bersama gula icing untuk menambahkan lagi rasa lemak pada biskut Makmur ini. Resepi yang tak asing lagi masa kecil-kecil dulu, memang favorite orang kampung sebab agak senan nak buat biskut ini

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 500g tepung gandum
- 2/3 cawan gula icing
- 1 tin kecil minyak sapi
- Paper cup
- 200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
- 3/4 cawan gula icing
- 1 sudu besar mentega kacang, optional
- Sedikit gula icing
- 1Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
- 2Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
- 3Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.
- 4Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
- 5Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.
- •Sangai adalah kaedah menggoreng tanpa menggunakan minyak. Untuk sangai tepung gandum, tidak perlukan masa yang lama. Cukup sekadar 4-5 minit sahaja.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan

Biskut Cappuccino
Biskut Cappuccino yang dibentuk menggunakan kaedah piping. Resepi ini menggunakan pati cappuccino (cappuccino paste) yan...

Biskut Kacang
Resepi Kuih Kacang, Resepi Kuih Raya yang menjadi tradisi dan kegemaran ramai di Hari Raya. Mudah disediakan dan hanya m...

Biskut Semperit
Resepi Kuih Semperit Untuk Juadah Di hari raya ...

Biskut Keju Cheddar Rangup
Biskut Keju Cheddar Rangup yang boleh disediakan sebagai biskut untuk juadah di hari raya. Rasa biskut ini sangat sedap ...

Biskut Semperit Klasik Petak
Kali ni Che Nom nak share resepi Semperit Klasik versi Panjang dengan rasa cukup sedap dan juga premium. Bila pegang tak...

Biskut Mentega Kacang
Resepi Biskut Mentega Kacang, biskut klasik yang diadaptasi dari resepi barat. Biskut ini sangat sedap, rangup dan berle...