
Biskut Sarang Semut
Jom kita buat biskut klasik yang mudah, bahan-bahannya pun senang nak cari dan harga pun mesra poket iaitu Biskut Sarang Semut.
Doh nya kita adun dan kemudian parut halus sebelum masuk dalam acuan. Boleh hias dengan apa-apa jenis sprinkles yang kita suka. Che Nom suka guna taburan coklat rice, biar nampak klasik rupa nya.
Rasa mmg cukup sedap, ada rasa manis-manis kastad, rasa berlemak dari butter atau majerin, memang favourite sangat ni.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan
- 250g mentega
- 170g / 3/4 cwn gula kaster
- 1 biji kuning telur
- 1 sk esen vanila
- Iklan
- 2-3 titik pewarna kuning
- 180g/ 1 1/2 cwn tepung kastad
- 120g/ 1 cwn tepung jagung
- 190g/ 1 1/2 cwn tepung gandum
- Coklat urai
Cara Menyediakan
Cara Penyediaan Utama
- 1Potong mentega (kalau nak ganti dengan majerin pon boleh) kepada dadu kecil dan biarkan pada suhu bilik (supaya cepat lembut).
- 2Pecahkan telur dan ambik kuning telur.
- 3Masukkan mentega dan gula dalam mangkuk. Pukul sebati.
- 4Bila mentaga dah sebati (gula tak perlu hancur sepenuhnya) masuk kuning telur dan sambung pukul.
- Iklan
- 5Untuk warna yang lebih cantik Che Nom tambah sedikit pewarna kuning telur.
- 6Masukkan esen vanila (untuk hilangkan bau hanyir telur) dan sambung pukul sampai jadi texture creamy.
- 7Tuang masuk tepung kastad dan adun sebati.
- 8Masukkan pula tepung jagung dan sambung uli
- Iklan
- 9Masukkan tepung gandum, masukkan 1 cawan dulu dan uli sebati. Baki 1/2 cwn tepung gandum masuk sedikit demi sedikit sampai dapat adunan yang lembut dan mudah dibentuk (Che Nom tak masukkan semua tepung gandum, masih ada baki sikit lagi).
- 10Rehat 10-15 minit, tujuan untuk doh tu serap semua lembapan dan jadi mudah untuk dibentuk.
- 11Untuk bentukkan biskut sarang semut, anda boleh guna pemarut, acuan maruku dan potato masher, tapi Che Nom suka guna pemarut je.
- 12Gumpal doh kecil-kecil.
- 13Kemudian parut halus.
- 14Sudu dan masukkan parutan doh dalam cawan kertas.
- 15Akhir sekali boleh tabur dengan coklat rice.
- 16Bakar selama 15-20 minit suhu 160 ° C.
- 17Keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum simpan dalam balang.
- •Texture mentega sebelum mula buat biskut mestilah lembut tapi masih sejuk (soft cold butter).
- •Cara untuk parut, kita kena parut dari atas dan tarik ke bawah, satu hala saja. Jangan parut zig zag atas bawah.
- •Kalau doh yang telah diparut terpenyet, boleh gumpal-gumpal dan parut semula.
- •Biar parutan doh membukit sikit masa masuk dalam cawan kertas, nanti masa bakar akan jatuh sikit nanti.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Cheesekut Tiramisu: Creamy, Tak Cair + Teknik Celup Biskut Pantas Untuk Lapisan Jadi Kemas
19 Januari 2026

Kek Batik Indulgence Tanpa Telur Tanpa Oven: Resepi + Panduan Bisnes Lengkap 2026
17 Januari 2026

Cucur Bom Manis Serap Minyak? Ini Teknik Goreng Betul Supaya Rangup & Tak Berminyak
14 Januari 2026

Cucur Bom Manis Rangup & Gebu: Teknik Tepat Supaya Bulat Cantik, Berongga & Tak Serap Minyak
14 Januari 2026

Sambal Penyet Stok: Teknik Goreng Layu + Kisar Kasar + Tumis Pecah Minyak (Tahan Lama & Senang Guna)
12 Januari 2026

Teknik Garam Awal 15 Minit: Ayam Lagi Juicy, Tak Hanyir & Tak Kecut Bila Masak
12 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Ayam Panggang Black Pepper (Juicy & Kulit Rangup)

Cheesekut Tiramisu 5 Bahan (Tanpa Oven, Tanpa Telur) — Paling Mudah & Sedap Sejuk

Sambal Tumis Udang Petai Pekat & Wangi, Cara Che Nom

Bihun Goreng Kunyit Style Kampung

Sambal Tumis Ikan Masam Manis Ala Thai






