
Ayam Sambal Bali Anak-Anak Pasti Suka
Ayam Sambal Bali yang pernah viral pada suatu ketika dulu, dan ini antara menu yang dah jadi kegemaran keluarga Che nom, rasa rugi kalau tak share recipe dgn anda semua terutama yang belum pernah masak masakan ni. Che Nom pun kurang pasti macam nama dapat nama Bali tu, sbb kat Bali takde pun menu ni. Apa2 pun janji hasilnya sedap kan?
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 5-6 biji bawang merah kecil
- 4-5 ulas bawang kecil
- 2 biji bawang besar
- 1 sudu kecil belacan
- Minyak masak
- 1/2 ekor ayam
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk kunyit
- 4 batang serai
- 2 tangkai daun kari
- 1 senduk cili kisar
- Sedikit air (untuk berkuah)
- Sedikit Gula nisan/gula melaka
- 2-3 sudu besar kicap manis
- garam secukup rasa
- 1Sediakan ayam goreng separuh masak:
- 2Sediakan bahan-bahan untuk kisar halus:
- 3Hiris kasar bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar.
- 4Masuk semua bahan dalam blender, tambah sikit air dan belacan kemudian boleh kisar halus.
- 5Titik serai (tak perlu hantu sangat).
- 6Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
- 7Panaskan minyak dan goreng ayam sampai separuh masak.
- 8Tumis serai sampai naik bau.
- 9Masukkan daun kari.
- 10Bila dah wangi masukkan bahan kisar halus.
- 11Kacau sekejap kemudian tambah cili kisar.
- 12Masak sampai pecah minyak.
- 13Kemudian masukkan air dari blender dan sambung masak lagi sampai sambal pecah minyak dan warna bertukar jadi sedikit gelap.
- 14Masukkan ayam yang kita goreng separuh masak tadi.
- 15Masukkan gula nisan dan kicap manis.
- 16Tambah sedikit air asam jawa, garam secukup rasa dan serbuk perasa(optional)
- 17Tutup sekejap supaya ayam cepat masak.
- 18Boleh tambah sedikit air kalau kering.
- •Gula nisan akan membuatkan sambal ni bertambah sedap.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...

Kenapa Ayam Perlu Dilap Kering Sebelum Digoreng atau Diperap?
Dalam banyak resipi Che Nom, ada satu langkah kecil yang selalu ditekankan: lap ayam sehingga kering sebelum digaul dengan garam, perasa atau tepung....

London Sudah Pulih Selepas Covid – Tapi Adakah Ia Masih Berbaloi Untuk Pelancong?
Beberapa tahun lepas, ramai yang menonton video YouTube tentang London dan terkejut dengan keadaannya.Kedai tutup, jalan lengang, terutama di kawasan...

Bila Kena “Halau” di Switzerland: Antara Realiti Travel, Salah Faham & Kemanusiaan
Switzerland memang sebuah negara yang sangat cantik. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Gunungnya megah, tasiknya tenang, bandar-bandar tersusun...

Pengalaman Che Nom Sewa Airbnb di London: Apa Yang Tak Ditunjukkan Dalam Review
Bila bercuti ke luar negara bersama keluarga, terutamanya untuk tempoh yang agak panjang, pilihan penginapan memang jadi perkara paling penting. Kali...

Che Nom di Switzerland: Dari Citarasa Keajaiban Alpen Hingga Kehangatan Hati
Switzerland — sebuah nama yang membawa imaji gunung salju, tasik jernih, kereta api cantik, coklat asli, dan pengalaman yang susah nak digambar...
Resepi Berkaitan

Ayam Goreng Teknik Brine
Kita prep ayam dengan teknik brine dan goreng garing dengan bumbu wangi seperti daun pandan dan daun kari. Resepi ini dinspirasikan dari Ayam Tangkap Aceh tapi Che Nom olah untuk dapat hasil yang juicy di dalam dan rangup di luar.
Diterbitkan pada 9 September 2024

Ayam Goreng Korea Cheese Bertali
Ayam goreng korea yang amat rangup, digoreng dengan teknik istimewa, disalut dengan sos Gochujang yang pekat manis dan pedas, kemudian diilit pula dengan Mozzarella Cheese yang lembut dan bertali pasti menambat hati keluarga terutamanya anak-anak.
Diterbitkan pada 17 April 2024

Ayam Butter Kicap dan Nasi Butter
Resepi mudah Ayam Butter Kicap yang dipadankan dengan Nasi Butter, sesuai untuk yang buntu nak masak apa. Ayam Butter Kicap berkuah pekat dengan rasa manis-manis pedas berlemak, manakala Nasi Butter pula lembut, lemak bersusu dan wangi.
Diterbitkan pada 11 September 2023

Tomyam Ayam
omyam Ayam ala Thai yang menggunakan bahan-bahan segar untuk menghasilkan kuah merah yang berlemak dan pedas. Resepi ini ditambah dengan bahan istimewa bagi menaikkan aroma pedas ala Thai.
Diterbitkan pada 16 Mei 2023

Ayam Masak Merah Raya Special
undefined...
Diterbitkan pada 28 April 2023

Ayam Masak Butter
undefined...
Diterbitkan pada 6 April 2023
Resepi Terbaru

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)
Resepi Spaghetti Carbonara asli Itali versi halal yang kaya berkrim tanpa setitik pun krim masakan.