
Ayam Masak Merah 2.0
Kali ni Che Nom nak share resepi Ayam Masak Merah yang sesuai sangat untuk dipadankan dengan nasik minyak ala kenduri. Teringin sangat nak makan menu nasik minyak, jadi kena lah masak sebab tak ada jemputan kenduri.
Ayam Masak Merah yang sedap mestilah harum bau nya, hasil dari rempah yang ditumis ataupun dikisar. Kuah pun mestilah pekat dengan bawang dan cili yang dimasak dan ada rasa lemak-lemak dari susu. Texture ayam pun tak keras kejung kalau kita makan, lembut elok dimasak. Kalau dipadankan dengan nasi minyak dan acar rampai berempah, memang mantap teruk. Jom tengok cara masaknya.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 batang serai
- 20-25 biji cili kering
- 1 ekor ayam
- 2 sk garam
- 2 sk serbuk kunyit
- 1 biji bawang besar
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 1-2 helai daun pandan
- 2-3 sb gula melaka
- 2 biji tomato
- 2 sb sos tiram
- 4 sb puri tomato
- 1 biji bawang besar/holland
- Serbuk seasoning, jika suka
- Daun sup
- 1/3 cwn susu cair
- 1Potong kasar bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas. Serai nipis (supaya halus elok bila masak nanti).
- 2Cili kering rebus sehingga lembut, toskan air dan buang biji.
- 3Kisar halus bahan potong, cili kering dan air (air anggaran separuh tenggelam bahan).
- 4Hiris nipis bawang besar dan daun sup, potong kasar tomato dan potong membulat bawang holland.
- 5Perap ayam dengan garam dan kunyit.
- 6Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- 7Tumis rempah 2 sekawan (kulit kayu manis dan bunga lawang), bawang besar dan daun pandan. Tumis sampai bawang lembut.
- 8Masukkan bahan kisar halus dan air. Masak sampai sambal kering dan pecah minyak.
- 9Masukkan gula melaka dan hirisan tomato. Kacau sebati.
- 10Masukkan ayam goreng dan tomato puri. Masak sampai ayam meresap kuah sambal.
- 11Tambah garam, sos tiram, serbuk seasoning (pilihan) dan susu cair.
- 12Tabur daun sup dan hirisan bawang holland. Kacau sekejap kemudian terus tutup api.
- •Kalau kuali kecil, goreng ayam sikit-sikit. Penuh sangat nanti lambat pulak nak masak sebab suhu minyak dah drop jadi sejuk.
- •Che Nom tak masukkan air asam jawa untuk resepi ni sebab tomato dan tomato puri dah cukup masam
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Nasi Briyani Ayam
Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ni, Che Nom nak share resepi special iaitu nasi briyani Ayam. Che Nom akan m...
Diterbitkan pada 27 Julai 2022

Daging Goreng Kunyit
Resepi Daging Goreng Kunyit, resepi mudah kegemaran Che Nom sekeluarga. Dalam resepi ini, bukan hanya serbuk kunyit yang...
Diterbitkan pada 26 Julai 2018

Nasi Arab Kabsah Style Chef Ammar
Kali ni kita tengok cara masak Nasi Arab Kabsah Ayam, style Chef Ammar yang masak dari hati dan masak with iman. A...
Diterbitkan pada 27 Julai 2022

Daging Briyani
Resepi Daging Briyani ...
Diterbitkan pada 21 Ogos 2013

Gulai Ikan Tongkol
Harini Che Nom masak gulai tapi bukan sebarang gulai, gulai ikan tongkol atau ikang aye untuk dipadankan dengan nasi dag...
Diterbitkan pada 1 Disember 2022

Ayam Percik
Ayam percik bersalut kuah pedas susuai untuk hidangan dibukan Ramdhan, cukup dengan rasa rempah pekat berlemak. Bila dipanggang, hasilnya sungguh mantap, isi ayam kekal moist dan lembut.
Diterbitkan pada 22 April 2024
Resepi Terbaru

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...