
Set Ayam Panggang Ala Nandos
Kali ni jom tengok Che Nom sediakan roasted chicken, bersama dengan sayur grill, dan juga kuah ayam atau gravy nya sekali. Ha cukup lengkap set tu, memang berbaloi buat sendiri sebab kita akan dapat hasil ayam panggang yang lembut dan moist di dalam, cukup segala rasa dengan herba perapan yang simple.
Bahagian pertama Che Nom akan tunjuk proses marinade ayam dengan gabungan beberapa jenis rempah dan juga cara bakar ayam yang cepat masak dan mudah. Bahagian kedua, penyediaan sayur gril dengan gabungan beberapa jenis sayur yang sesuai. Simple saja caranya tapi nak dapat yang sedap kita kena tau teknik nya dan juga bahan-bahan penting untuk sayur grill. Dan yang ketiga, dengan lebihan dripping ayam panggang, kita masak gravy untuk dipadan kan bersama dua menu yang hebat tadi. Baru cukup lengkap. Buat makan ramai-ramai satu family memang terbaik.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 ekor ayam, anggaran berat 1.7-1.8kg
- 2 sb serbuk smoked paprika
- 1/2 sb serbuk thyme atau rosemary kering
- 1/2 sb serbuk cayenne
- 1/2 sb serbuk parsley kering (pilihan)
- 1 sk serbuk lada hitam
- 4 sb minyak zaitun extra virgin
- 2 sk garam
- 1 sb serbuk pati ayam
- 2 sb jus lemon
- Sedikit garam
- Minyak zaitun extra virgin
- Brokoli
- Lobak merah
- Lada benggala
- Bawang holland
- Bawang putih
- Cendawan butang
- Sedikit serbuk lada hitam
- 1 sb mentega
- 1 sb tepung gandum
- Kuah ayam panggang
- 1/2 cwn air (tambah sikit-sikit)
- 1Basuh bersih ayam, trim lebihan lemak atau kulit dan lap kering dengan tisu dapur.
- 2Bancuh rempah untuk perapan ayam, smoked paprika, serbuk thyme (atau rosmary kering), serbuk cayenne serbuk black pepper, minyak zaitun extra virgin, lemon, garam dan serbuk pati ayam.
- 3Gaul bahan bahan perapan tadi sekeliling ayam.
- 4Perap dalam peti sejuk 2 jam atau semalaman.
- 5Untuk bakar Che Nom guna cooling rack dan lapik dengan aluminium foil, kemudian tebuk lubang untuk air ayam panggang dripping kebawah.
- 6Susun ayam atas tray, letak ayam bahagian kulit sebelah kebawah kemudian bakar selama 50 minit suhu 220 °C.
- 7Kemudian terbalikkan pulak ayam (side kulit pulak bahagian atas) kemudian sambung bakar sampai ayam masak perang.
- 1Potong brokoli, carrot, capsicum, bawang holland dan cendawan butang.
- 2Cincang halus bawang putih.
- 3Panaskan sikit minyak zaitun kemudian masak brokoli, carrot dan capsicum. Masak sampai nampak grill mark.
- 4Kemudian masukan bawang holland, cendawan dan bawang putih. Boleh tambah olive oil kalau kering.
- 5Bila semua dah layu bolehlah angkat.
- 6Drizzle sikit lagi dengan olive oil, serbuk black pepper dan garam.
- 1Keluarkan air dripping dari ayam bakar.
- 2Panaskan butter dan tumis tepung gandum.
- 3Bila dah sebati dan jadi pes, boleh tuang masuk air dripping ayam tadi dan sedikit air untuk kuah.
- 4Ok dah siap! dah boleh hidang.
- •Berapa lama nak bakar bergantung juga jenis oven dan saiz ayam.
- •Nak tau ayam panggang ni dah masak ke tidak, boleh cucuk dengan pisau sampai ke tulang, dan tengok air yang keluar, kalau clear maknanya dah masak, kalau ada kesan merah bakar semula.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
Spaghetti aglio olio nampak ringkas, tetapi kalau teknik tersilap, hasilnya boleh jadi lembik, berminyak, atau pahit akibat bawang putih hangus. Kunc...

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
Rasa dah sedap. Lemak manis pun cukup. Tapi bila angkat dari pengukus, rupa kuih jadi hancur — permukaan berkedut, lapisan tak rata, siap ada ai...

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
Kuih lapis yang menjadi bukan sekadar manis. Ia mesti gedik, lembut, kenyal, dan paling penting — boleh ditarik selapis-selapis tanpa putus. Ra...

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
Pernah tak buat kuih lapis guna santan kotak, tapi hasilnya mengecewakan? Permukaan kuih penuh lubang-lubang kecil, tekstur kasar, tak licin macam ku...

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
Masa muda-muda dulu, Che Nom pernah ada satu cita-cita yang agak besar — nak jadi pramugari. Bukan kerana glamour atau uniform yang cantik, tet...

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...
Resepi Berkaitan

Ayam Goreng Teknik Brine
Kita prep ayam dengan teknik brine dan goreng garing dengan bumbu wangi seperti daun pandan dan daun kari. Resepi ini dinspirasikan dari Ayam Tangkap Aceh tapi Che Nom olah untuk dapat hasil yang juicy di dalam dan rangup di luar.
Diterbitkan pada 9 September 2024

Ayam Goreng Korea Cheese Bertali
Ayam goreng korea yang amat rangup, digoreng dengan teknik istimewa, disalut dengan sos Gochujang yang pekat manis dan pedas, kemudian diilit pula dengan Mozzarella Cheese yang lembut dan bertali pasti menambat hati keluarga terutamanya anak-anak.
Diterbitkan pada 17 April 2024

Ayam Butter Kicap dan Nasi Butter
Resepi mudah Ayam Butter Kicap yang dipadankan dengan Nasi Butter, sesuai untuk yang buntu nak masak apa. Ayam Butter Kicap berkuah pekat dengan rasa manis-manis pedas berlemak, manakala Nasi Butter pula lembut, lemak bersusu dan wangi.
Diterbitkan pada 11 September 2023

Tomyam Ayam
omyam Ayam ala Thai yang menggunakan bahan-bahan segar untuk menghasilkan kuah merah yang berlemak dan pedas. Resepi ini ditambah dengan bahan istimewa bagi menaikkan aroma pedas ala Thai.
Diterbitkan pada 16 Mei 2023

Ayam Masak Merah Raya Special
undefined...
Diterbitkan pada 28 April 2023

Ayam Masak Butter
undefined...
Diterbitkan pada 6 April 2023
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.