Ayam Masak Sos Tiram Thai

Kali ni Che Nom nak share satu resepi yang sesuai sangat untuk sesiapa yang dah tak tau nak masak apa dengan ayam kat rumah tu, boleh cuba masakan ni iaitu Ayam Masak Sos Tiram ala Thai. Cara nak masak nya mudah dan bahan-bahan pun senang nak cari. Walaupun simple, hasilnya cukup mantap membuka selera.

Mula-mula kita goreng ayam yang diperap, kemudian gaul dengan sambal yang pedas dari cili segar. Masakan ni ada rasa masam, masin, pedas, manis semua ada. Bau sahaja pun dah cukup terliur.

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 1/2 sk garam
  • 1 sb kicap manis
  • 1 sb sos tiram
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 8 ulas bawang putih
  • 3-4 tangkai cili merah besar
  • 6 tangkai cili padi
  • Daun ketumbar
  • 1 sb gula perang/gula Thai
  • 2 sb sos ikan
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 2 sb sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Limau nipis

Cara Penyediaan:

  1. Potong kasar bawang putih, cili merah besar dan cili padi.
  2. Daun ketumbar asingkan batang dan daun. potong kasar.
  3. Gaul ayam dengan serbuk kunyit, garam, kicap manis dan sos tiram. Perap 10 minit.
  4. Kisar kasar bawang putih, akar daun ketumbar, cili padi, cili besar merah dan batang ketumbar.
  5. Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak.
  6. Dah masak boleh angkat dan ketepikan dulu.
  7. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar kasar.
  8. Masukkan gula perang/ gula thai, sos ikan, daun limau purut, sos tiram dan lebihan air perapan ayam tadi.
  9. Masak sampai pecah minyak dan pekat.
  10. Masuk ayam goreng dan gaul sekata. Masak sekejap biar kuah meresap ke dalam ayam.
  11. Akhir sekali perah dengan jus limau nipis dan tabir hirisan daun ketumbar.

Tip:

  • Ayam bahagian peha kelar tengah sebab nak bagi cepat masak masa goreng.
  • Kalau suka jenis yang berkuah boleh tambah air sikit dalam kuah.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.