
Ayam•
Resepi Ayam Masak Merah Berempah
Prep 15 minMasak 25 minJumlah 40 minHidangan 10 orang
Ayam Masak Merah Berempah ni pedas, masam manis dan cukup wangi dengan rempah, kuahnya pula pekat menyerap sampai ke tulang. Makan dengan nasi panas memang padu.
Bahan-bahan
Cara Buat Ayam Masak Merah Berempah
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Ayam Masak Merah Berempah
- 1Masukkan sedikit kunyit dan garam kedalam ayam dan gaul sekata.
- 2Panaskan minyak. Goreng ayam sehingga separuh masak lalu angkat dan toskan minyak.
- 3Tumis hirisan bawang besar, rempah empat sekawan dan daun kari sehingga naik bau.
- 4Masukkan tomato yang telah dipotong. Gaul sehingga tomata kelihatan layu dan lembut.
- 5Masukkan bahan kisar halus dan gaul sehingga ia pecah minyak.
- 6Kemudian, bancuhkan rempah kari daging dengan sedikit air lalu masukkan kedalam semua bahan tumisan.
- 7Masak bahan sehingga pekat kering dan tambah sedikit air. Ulang cara ini 3-4 kali sampai kesemua bahan betul-betul masak.
- 8Bila kuah sudah masak dan pecah minyak, masukkan gula melaka dan sos tiram.
- 9Masukkan juga ayam goreng dan renehkan ayam sehingga sebati dan biarkan masak.
- 10Tambah sedikit air asam jawa, garam secukup rasa dan ½ cawan susu full cream untuk dijadikan kuah lebih beremak. (tambah air jika mahukan kuah lebih).
- 11Masukkan hirisan bawang besar kedalam ayam masak merah berempah dan gaul sekejap sehingga bawang besar tersebut layu.
- 12Kemudian, ayam masak merah berempah siap untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Ayam Masak Merah Berempah, yang cukup pedas, masam, manis, masin…baupun sangat wangi membuka selera.
Hidangan ni hampir sama dengan ayam masak merah biasa, cuma kita lebihkan bahan-bahan berempah. Sesiapa yang belum pernah makan tu boleh cuba….
Kuah yang pekat tu kalau makan dengan nasi panas, memang padu.
Diterbitkan pada 23 Mac 20216.3K paparan
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun
30 Mei 2026

Baru
Resepi Ayam Belengas Viral
30 Mei 2026

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce
14 Mei 2026

Resepi Set Nasi Kerabu
7 Mei 2026

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam
21 April 2026

Resepi Donut Kampung Lembut Gebu — Tak Serap Minyak & Ada White Ring
9 April 2026








