Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.
Ayam

Resepi Ayam Goreng Berlado

Prep 15 minMasak 20 minJumlah 35 minHidangan 5 orang

Ayam Goreng Berlado versi sambal merah ni senang je nak buat, tapi memang padu sampai boleh bertambah. Rasa pedas, masam dan sikit manis tu seimbang, ngam dengan nasi panas.

Ayam Goreng Berlado

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Kisar Kasar

  • 4-5 biji bawang merah4-5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 10 biji cili merah besar10 biji cili merah besar
  • 6 biji cili padi merah6 biji cili padi merah

Bahan Untuk Lain

  • 1/2 ekor ayam1/2 ekor ayam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil garam
  • Minyak secukup nya utk menggorengMinyak secukup nya utk menggoreng
  • 1 batang serai1 batang serai
  • 2-3 sudu besar air asam jawa2-3 sudu besar air asam jawa
  • 2 biji tomato2 biji tomato
  • 2 helai daun limau purut2 helai daun limau purut
  • Gula secukup rasaGula secukup rasa
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa
  • 1 biji bawang besar1 biji bawang besar

Cara Buat Ayam Goreng Berlado

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Sambal

  1. 1
    Hiris kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia, cili merah besar dan cili padi.
  2. 2
    Kemudian masukan dalam chopper dan kisar kasar.

Untuk Ayam

  1. 1
    Hiris kasar tomato.
  2. 2
    Potong membulat bawang besar.
  3. 3
    Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
  4. 4
    Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak kemudian ketepikan.
  5. 5
    Tinggalkan dua senduk minyak masak dalam kuali tadi.
  6. 6
    Panaskan minyak dan masukan serai yang telah ditumbuk ke dalam kuali.
  7. 7
    Masukan bahan kisar kasar tadi dan tumis sehingga cili masak layu.
  8. 8
    Tambah pati asam jawa.
  9. 9
    Masukan tomato dan daun limau purut.
  10. 10
    Masukan gula dan garam.
  11. 11
    Bila semuanya dah layu, masukan kesemua ayam goreng tadi.
  12. 12
    Akhir sekali tambah hirisan bawang besar.

Anggaran nutrisi

Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang

Kalori
430 kcal
Protein
17.5 g
Karbohidrat
13.5 g
Lemak
33.5 g
Serat:
2 g
Gula:
6 g
Natrium:
710 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • 1/2 ekor ayam dianggar 700 g bertulang, 65% isi boleh dimakan.
  • Ayam digoreng dalam minyak (serapan 10%) dan sambal berlado ditumis dengan 4 sudu besar minyak.
  • Gula secukup rasa dianggar 15 g; garam secukup rasa 1.5 sudu kecil.
  • Lauk sahaja; nasi tidak dikira.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Bantuan Semasa Memasak

Petua & Panduan

  1. Serai yang nak digunakan perlulah diketuk dahulu supaya aroma serai dapat dikeluarkan.
  2. Kacau dengan kerap cili ketika menumis supaya cili tak hangus dan warna sambal tidak bertukar perang.
Video
Pengenalan

Ayam Goreng Berlado, resepi yang mudah je nak sediakan. Rasanya sangat sedap dan memang boleh bertambah2 kalau makan.

Che Nom gunakan semua cili merah dalam penyediaan resepi ni supaya dapat hasilkan ayam Goreng berlado versi sambal merah.

Ada 3 rasa yang dominan pada masakan ni iaitu pedas, masam dan sedikit manis..supaya dapat seimbangkan dengan kepedasan cili yang kita gunakan.

Diterbitkan pada 13 April 2020146.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru