
Ayam Masak Kicap Bersama Kentang
Ayam Masak Kicap Bersama Kentang yang sangat sedap rasanya. Dalam resepi ni, kita masukkan kentang yang digoreng terlebih dahulu, dengan cara ini rasa kentang lebih manis dan sedap. Kuah ayam masak kicap juga lebih pekat dan menyelerakan.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- sedikit garam
- 1/2 ekor ayam
- 2 biji kentang
- sedikit serbuk kunyit
- 2 sudu besar cili kisar
- kicap manis
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 biji tomato, belah 4
- 1/2 sudu kecil lada sulah
- 1 biji bawang holland ATAU bawang besar
- daun bawang
- 4 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1Kupas kulit kentang, potong kepada wedges dan gaul dengan sedikit garam. Panaskan minyak. Goreng sehingga bahagian luar keperangan. Angkat dan toskan
- 2Gaulkan ayam yang dipotong kecil bersama sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak.
- 3Keluarkan sedikit minyak gorengan ayam (jika banyak), tinggalkan dalam kuali anggaran 1 senduk. Tumis bahan-bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.
- 4Masukkan ayam, kacau rata dan kemudian masukkan kicap manis secukupnya, anggaran 1/2 mangkuk kecil.
- 5Masukkan sos tiram dan sedikit air. Masak sehingga ayam lembut dan meresap kicap.
- 6Masukkan tomato, lada sulah dan bawang holland. Kacau sekejap sehingga layu.
- 7Hias dengan taburan daun bawang.
- •Tidak perlu lagi masukkan garam atau gula kerana bahan-bahan yang dimasukkan sudan mempunyai cukup rasa masin dan manisnya. Tetapi, anda boleh rasa dulu, jika perlu boleh masukkan secukup rasa.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resepi Berkaitan

Kari Telur Sedap
Resepi Kari Telur yang menjadi kegemaran anak-anak saya. Bukan sahaja mudah tapi sangat menyelerakan. Telur ini direbu...
Diterbitkan pada 19 Oktober 2016

Ayam Masak Kicap
Resepi Ayam Masak kicap mudah yang Sedap dimakan bersama nasi panas! ...
Diterbitkan pada 13 Julai 2014

Daging Masak Kicap Dan Kentang
Kali ni Che Nom nak masak menu yang ringkas tapi cukup sedap menjilat jari kalau makan iaitu daging masak kicap berkent...
Diterbitkan pada 22 Disember 2021

Sizzling Yee Mee
Untuk resepi mee kali ni, Che Nom nak masak menu sizzling mengunakan yee mee. Kita buat menu ala-ala food court pulak. M...
Diterbitkan pada 5 Disember 2022

Terung Goreng Kicap Bercili
Resipi yang Che Nom kongsikan di entry in memang adalah resipi yang sangat mudah tapi cukup membuka selera iaitu Terung ...
Diterbitkan pada 26 April 2015

Bihun Goreng Kicap
Che Nom nak masak menu goreng-goreng harini, iaitu bihun goreng kicap. Bahan-bahannya untuk memasaknya ringkas sahaja, c...
Diterbitkan pada 18 Disember 2022
Resepi Terbaru

Ayam Panggang Style Che Nom
Ayam panggang berempah, lembut dan kulit rangup dengan sentuhan rempah Che Nom.

Set Ayam Gepuk dengan Sambal Gesek Istimewa
Set Ayam Gepuk lengkap dengan sambal gesek pedas berlemak.

Biskut Cornflakes Madu
Biskut raya ringkas dengan kombinasi cornflakes rangup dan madu. Sungguh sedap dan mudah disediakan!

Buah Melaka Cair di Mulut, Manis di Hati!
Buah melaka lemak manis, gebu di luar dan cair di dalam!

Resepi Kuih Lopes Buat Berbuka
Kuih Lopes pulut kukus dengan kelapa parut dan sirap gula Melaka, memang ngam untuk berbuka puasa!

Sandwich Telur Versi Scrambled Egg
Sandwich telur dengan scrambled egg yang lembut dan berkrim, sesuai dihidang bila-bila masa.