ResepiCheNom
Ayam Masak Kicap dan Kentang Paling Sedap
Ayam

Resepi Ayam Masak Kicap Dan Kentang Paling Sedap

Prep 15 minMasak 10 minJumlah 25 minHidangan 5 orang

Ayam masak kicap dengan kentang goreng yang mudah dan pantas, tapi rasa memang padu. Memang menu favourite anak-anak, makan dengan nasi panas pun dah cukup.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Tumbuk Kasar

  • 4 biji bawang merah4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1-2 inci halia1-2 inci halia

Bahan Untuk Lain

  • sedikit garamsedikit garam
  • 1/2 ekor ayam1/2 ekor ayam
  • sedikit serbuk kunyitsedikit serbuk kunyit
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • 2 biji kentang2 biji kentang
  • minyak masak secukupnyaminyak masak secukupnya
  • 1-2 sudu besar cili kisar1-2 sudu besar cili kisar
  • kicap manis ,anggaran 1/4 cawankicap manis ,anggaran 1/4 cawan
  • 2 sudu besar sos tiram2 sudu besar sos tiram
  • sedikit airsedikit air
  • 5 biji cili padi5 biji cili padi
  • 1/2 sudu kecil lada sulah1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji bawang Holland1 biji bawang Holland
  • daun bawangdaun bawang

Cara Buat Ayam Masak Kicap Dan Kentang

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Sediakan bahan-bahan potong.
  2. 2
    Potong bawang holand (membulat), daun bawang, kentang (memanjang) dan tomato (belah 4).
  3. 3
    Cincang kasar bawang merah, bawang putih dan halia kemudian tumbuk kasar.
  4. 4
    Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  5. 5
    Panaskan minyak dan goreng kentang hingga sedikit keperangan.
  6. 6
    Goreng ayam separuh masak, boleh angkat dan ketepikan.
  7. 7
    Tumiskan bahan tumbuk kasar sampai kekuningan.
  8. 8
    Tambah cili kisar.
  9. 9
    Masukkan balik ayam goreng tadi.
  10. 10
    Masukkan kicap manis, sos tiram dan air.
  11. 11
    Bila ayam dah masak, boleh masukkan cili api, kentang goreng, tomato, lada sulah dah bawang holand.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Jangan goreng kentang lama sangat, nanti kentang jadi lembik dan cepat hancur
  • Kalau nak lebihkan kuah, boleh tambah air dan kicap.
Video
Pengenalan

Ayam masak kicap bersama kentang, yg mudah, pantas dan yg paling penting…rasanya cukup sedap.

Ni lah menu favourite anak-anak Che Nom, terutama sekali bila ada kentang goreng dalam hidangan ni.

Diterbitkan pada 23 April 202033.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru