Resepi Ayam Masak Kicap Sedap
Ayam masak kicap simple tapi kuahnya pekat, lemak, manis dan pedas ngam-ngam — sekali masak terus jadi lauk padu.

Bahan-bahan
Cara Buat Ayam Masak Kicap
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit sehingga sebati. Perap 10 minit supaya rasa meresap.
- 2Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana-tinggi. Goreng ayam 4-5 minit setiap belah sehingga kulit kekuningan dan separuh masak sahaja (jangan sampai garing). Angkat dan ketepikan.
- 3Kurangkan minyak dalam kuali, tinggalkan anggaran 2-3 sudu besar sahaja untuk tumisan. Masukkan bahan tumbuk halus dan tumis atas api sederhana selama 2-3 minit sehingga naik bau wangi dan warna sedikit kekuningan - jaga supaya tidak hangus.
- 4Masukkan cili kisar, sos tiram dan sos tomato. Kacau rata 1 minit sehingga pekat sedikit dan wangi, kemudian masukkan semula ayam goreng tadi. Gaul sehingga ayam bersalut rata dengan tumisan.
- 5Tuang kicap manis dan air asam jawa, kacau sebati. Masukkan cili merah yang dihiris kasar dan air.
- 6Tutup kuali, biarkan ayam masak atas api perlahan-sederhana selama 6-8 minit sehingga ayam empuk dan kuah pekat berkilat.
- 7Buka penutup, masukkan tomato dan bawang besar. Kacau sekejap 1-2 minit sehingga bawang layu sedikit tapi masih ada bunyi rangup, kemudian padamkan api.
- 8Angkat dan hidang panas dengan taburan cili merah hiris halus dan daun bawang.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 5 hidangan
- Kalori
- 345 kcal
- Protein
- 15 g
- Karbohidrat
- 17 g
- Lemak
- 23.5 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 9.5 g
- Natrium:
- 830 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1/2 ekor ayam dianggar 600 g bertulang, 65% isi berkulit boleh dimakan.
- 1 mangkuk minyak adalah untuk menggoreng; hanya serapan 8% dikira, tambah 2 sudu besar untuk menumis.
- Kicap manis 3 sudu besar menyumbang kebanyakan gula.
- Sos tiram, sos tomato dan kicap manis menjadi punca utama natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Lebihkan minyak dalam tumisan ayam masak kicap kerana masak kicap yang sedap kuahnya mesti pekat berminyak. Boleh dibuang lebihan minyak apabila siap masak.
- Guna bahagian peha atau paha ayam kalau nak hasil lebih juicy - dada ayam mudah kering bila dimasak dua kali (goreng + rebus dalam kuah).
- Jangan goreng ayam sampai masak penuh di peringkat awal; ayam yang separuh masak akan terus masak dalam kuah tanpa jadi keras atau kering.
- Kacau tumisan sentiasa supaya bawang putih dan bawang merah tumbuk tidak melekat dan hangus di dasar kuali - hangus sikit sahaja boleh buat kuah jadi pahit.
Video
Pengenalan
Ayam masak kicap ni antara lauk paling senang nak masak tapi paling sukar nak jadi "kena" — kuahnya kena pekat, berminyak sikit, manis dan pedas dalam masa yang sama. Ramai je resepi ayam masak kicap di luar sana, tapi rahsia sebenar ada pada tumisan: kalau bahan tumis (bawang putih, bawang merah, halia) ditumbuk halus dan digoreng sampai betul-betul wangi, kuahnya automatik jadi lebih pekat tanpa perlu tambah bahan pemekat lain. Kalau nak hiris nipis pun boleh juga.
Che Nom letak kombinasi cili kisar dan cili merah segar dalam resepi ni supaya kuahnya bukan sahaja pedas tapi juga ada warna merah yang menyerlah dan sedap dipandang. Ayam digoreng separuh masak dahulu sebelum dimasak dalam kuah — ini penting supaya ayam tak terlalu masak dan tetap juicy walaupun direbus sekali lagi dalam kuah kicap.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









