ResepiCheNom
Ayam Kerutuk Kelantan
Ayam

Resepi Ayam Kerutuk Kelantan

Prep 40 minMasak 30 minJumlah 1 jam 10 minHidangan 10 orang

Ayam Kerutuk Kelantan versi Che Nom, kuah pekat berlemak dengan rempah kerutuk, rempah sangai dan kerisik. Sedap dimakan dengan nasi minyak atau pulut kuning.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 2 biji bawang besar2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah kecil4 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia2 inci halia

Bahan Untuk Rempah Sangai

  • 1/4 cawan minyak masak1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar biji ketumbar1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil lada hitam1 sudu kecil lada hitam
  • ½ sudu kecil biji jintan putih½ sudu kecil biji jintan putih
  • 1 sudu kecil biji jintan manis1 sudu kecil biji jintan manis

Bahan Lain

  • 1 ekor ayam (berat anggaran 2kg)1 ekor ayam (berat anggaran 2kg)
  • 1 cawan minyak masak1 cawan minyak masak
  • Rempah 4 sekawan (1 kayu manis, 2 bunga lawang, 4 pelaga, 3 bunga cengkih)Rempah 4 sekawan (1 kayu manis, 2 bunga lawang, 4 pelaga, 3 bunga cengkih)
  • 1 sudu besar cili kisar1 sudu besar cili kisar
  • 1 batang serai1 batang serai
  • 1 inci lengkuas1 inci lengkuas
  • 25g /4 sudu besar rempah kerutuk25g /4 sudu besar rempah kerutuk
  • 1 helai daun pandan1 helai daun pandan
  • 2 keping asam gelugur2 keping asam gelugur
  • Santan, dari 1 biji kelapa (atau 2x200ml santan kotak segera)Santan, dari 1 biji kelapa (atau 2x200ml santan kotak segera)
  • Sedikit gula nisanSedikit gula nisan
  • 2 biji kentang2 biji kentang
  • garam, secukup rasagaram, secukup rasa
  • 2 sudu besar kerisik2 sudu besar kerisik
  • 1 sudu besar kicap pekat karamel1 sudu besar kicap pekat karamel
  • Cili hijau besarCili hijau besar
  • Cili padiCili padi
  • Serbuk perasa, jika sukaSerbuk perasa, jika suka

Cara Buat Ayam Kerutuk Kelantan

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Ayam Kerutuk

  1. 1
    Kisar halus kesemua bahan dengan air secukupnya.
  2. 2
    Bancuh rempah kerutuk dengan sedikit air.
  3. 3
    Sangai bahan-bahan lebih kurang 4-5 minit ataupun lebih sehingga naik bau dengan api yang perlahan.
  4. 4
    Tumbuk/kisar halus bahan sangai.
  5. 5
    Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar halus bersama 4 sekawan sehingga kering, kekuningan dan naik bau.
  6. 6
    Masukkan cili kisar, serai yang dititik dan bancuhan rempah kerutuk. Kacau sehingga pecah minyak.
  7. 7
    Masukkan ayam dan daun pandan, lalu tutup dan biarkan ayam separuh masak serta sedikit kering.
  8. 8
    Masukkan santan, sedikit gula nisan, serbuk rempah sangai dan kentang.
  9. 9
    Reneh ayam sehingga masak.
  10. 10
    Tambah garam secukup rasa, kerisik, kicap pekat caramel, cili padi, serbuk perasa (pilihan). Sambung masak sehingga kuah naik minyak.
  11. 11
    Kemudian,, ayam kerutuk siap untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Selain gula nisan, boleh saja digantikan dengan gula perang ataupun gula melaka.
  • Tambah santan atau air untuk lebihkan kuah.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak masak Ayam Kerutuk, masakan yang berasal dari Kelantan. Che Nom rujuk resepi dari YouTube Dapur Kak Yah. Terima kasih banyak-banyak sudi kongsi resepi Kak yah masak guna itik serati, Che Nom ganti guna ayam.

Masakan kerutuk ni macam tengah-tengah antara gulai dan rendang. Kita perlu guna rempah khas untuk kerutuk, dan yang ni Che Nom beli online dari Kelantan dan rempah tu sendiri memang dah wangi, warnanya agak sedikit gelap berbanding rempah biasa.

Satu lagi bahan campuran istimewa yang dimasukkan ialah rempah sangai. Dan sedapnya kuah tu juga, hasil dari tambahan kerisik dan kita masak dengan menggunakan pati santan. Memang pekat dan sedap hasilnya. Bagi Che Nom, lauk ni cukup sedap kalau makan dengan nasi minyak ataupun pulut kuning.

Diterbitkan pada 18 Disember 202148.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru