ResepiCheNom
Gulai Nasi Berlauk Ayam Kelantan
Ayam

Resepi Gulai Nasi Berlauk Ayam Kelantan

Prep 15 minMasak 20 minJumlah 35 minHidangan 5 orang

Jom buat gulai darat ayam Kelantan guna rempah tradisional Kampung Langgar, pekat berlemak dan wangi. Sedap makan dengan nasi dagang atau nasi putih.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 5-6 biji bawang merah5-6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1 inci lengkuas1 inci lengkuas
  • sedikit airsedikit air

Bahan Untuk Lain

  • 1/2 ekor ayam (atau lebih sikit pun ok)1/2 ekor ayam (atau lebih sikit pun ok)
  • 2 sudu besar rempah gulai darat Kelantan (boleh ganti Adabi)2 sudu besar rempah gulai darat Kelantan (boleh ganti Adabi)
  • 1 sudu besar biji ketumbar (sangai, tumbuk halus)1 sudu besar biji ketumbar (sangai, tumbuk halus)
  • 1 sudu besar cili kisar1 sudu besar cili kisar
  • 1 mangkuk santan cair1 mangkuk santan cair
  • 1 keping asam keping1 keping asam keping
  • 1 mangkuk santan pekat1 mangkuk santan pekat
  • 3 biji cili hijau3 biji cili hijau
  • 4 biji telur4 biji telur
  • 1-2 sudu besar kerisik1-2 sudu besar kerisik
  • sedikit gula nisan/gula melakasedikit gula nisan/gula melaka
  • garam secukup rasagaram secukup rasa

Cara Buat Gulai Nasi Berlauk Ayam Kelantan

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Masukkan telur rebus (optional).
  2. 2
    Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas.
  3. 3
    Masuk dalam blender, tambah sedikit air dan kisar halus.
  4. 4
    Sanggai sekejap biji ketumbar dan kemudian tumbuk halus.
  5. 5
    Masukkan ayam kedalam kuali
  6. 6
    Masukkan bahan kisar halus, rempah gulai darat, serbuk ketumbar dan cili kisar.
  7. 7
    Gaul sekata dan mula memasak.
  8. 8
    Masukkan santan cair (santan perahan kedua) dan asam keping.
  9. 9
    Renehkan semua bahan tadi dan tutup sekejap kalau nak ayam masak elok sampai dalam.
  10. 10
    Bila dah mendidih, masukkan santan pekat.
  11. 11
    Masukkan cili hijau (better guna lada solok).
  12. 12
    Perlahankan api dan kacau dengan kerap.
  13. 13
    Masukkan sedikit kerisik.
  14. 14
    Sedikit gula nisan (boleh ganti gula melaka).
  15. 15
    last sekali garam.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Selepas masukan santan pekat, kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul.
Video
Pengenalan

Che nom nak share antara resepi menu favourite Che Nom iaitu gulai darat ayam Kelantan.

Apa yang special kali ni. Che Nom nak masak menggunakan rempah tradisional, gulai darat Kampung Langgar khas dari Kelantan.

Biasanya dimakan dengan nasi dagang, atau naik putih pun boleh. Memang betul-betul sedap lah. Terima kasih pada follower yang sudi membantu & menjawab segala pertanyaan Che Nom mengenai gulai ni.

Diterbitkan pada 19 April 202061.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru