Resepi Ayam Goreng Style Mamak
Ayam goreng style mamak yang rangup di luar, juicy dan lembut di dalam, dengan warna kemerahan dari serbuk cili. Resepi mudah ikut, tak nak letak pewarna pun boleh.

Bahan-bahan
Bahan Untuk Ayam Goreng
- 1-2 tangkai daun kari
- ½ ekor ayam
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 sudu besar serbuk kari daging
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 ½ sudu besar yoghurt atau tairu
- ½ sudu kecil serbuk lada putih
- sedikit garam
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- 3 sudu besar tepung gandum
- 3 sudu besar tepung jagung
- sedikit air
- serbuk pati ayam jika suka
Cara Buat Ayam Goreng Style Mamak
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Ayam Goreng
- 1Masukkan bahan parutan atau kisar halus bawang putih dan halia, serbuk kari daging, serbuk cili, serbuk ketumbar, yoghurt atau tairu, dan serbuk lada putih kedalam ayam yang telah dikelar.
- 2Tambah sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian, gaul kesemuanya sehingga sekata.
- 3Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan sedikit air atau telur ataupun putih telur untuk melarutkan tepung dengan kesemua bahan dengan ayam.
- 4Masukkan daun kari dan perap ayam selama 3-4 jam atau semalaman.
- 5Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan serta cukup masak.
- 6Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak. Kemudian, ayam goreng style mamak sudah siap untuk dihidang.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 325 kcal
- Protein
- 16.5 g
- Karbohidrat
- 7.5 g
- Lemak
- 24 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 0.5 g
- Natrium:
- 640 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- ½ ekor ayam dianggar 700 g bertulang, 65% isi berkulit boleh dimakan.
- Hanya ~70% tepung salutan melekat pada ayam; bakinya dibuang.
- Minyak goreng dalam dikira 12% serapan.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Perapan semalaman akan mendapatkan ayam goreng yang lebih sedap kerana bahan-bahan salutan akan lebih terserap kedalam ayam.
- Pastikan adunan salutan tidak terlalu cair untuk memastikan salutan tetap terlekat di ayam ketika digoreng.
- Pastikan juga minyak gorengan betul-betul panas, jika tidak tepung salutan ayam akan menjadi kurang lekat pada ayam.
Video
Pengenalan
Hi Semua, kali niChe Nom akan tunaikan permintaan ramai untuk hasilkan video resepi ayam goreng Style mamakyang mudah nak ikut untuk sesiapa nak cuba masak kat rumah.
Ayam goreng style mamak ni memang rangup di luar, dan juicy serta lembut di dalam hasil dari cara gorengna deep fry,warna pula seakan akan kemerahan,hasil dari serbuk cili dan juga pewarna,kalau masak kat rumah, tak nak letak pewarna pun boleh ikut citarasa sendiri.
Resepi asal dari Allahyarham Mamak Haji yang sentiasa murah hati berkongsi resepi.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









