
Ayam Goreng Korea Rangup dan Sedap
Che Nom akan sediakan Dakganjeong atau Ayam Goreng Korea yang bersalut dengan sos istimewa. Ayam Goreng Korea ni memang special sebab cara gorengannya supaya rangup iaitu goreng ayam sebanyak 2 kali. Memang betul-betul rangup hasilnya.Dalam resepi ni Che Nom share 2 jenis sos iaitu yang pertama menggunakan sos gochujang.Sos yang kedua pula ialah pilihan resepi kalau kita tak menggunakan gochujang. Anda boleh pilih versi yang mana satu. Kedua-dua versi sos ni sangat sedap rasanya.Mesti ramai yg suka hidangan ni kan. Seriously, lagi sedap dari makan kat francais restoran Korea kat sini. Kos pun murah je kalau nak buat sendiri. Jangan guna tepung salut segera, ok.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 700g kepak ayam (bahagi dua bahagian)
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- sedikit serbuk black pepper
- garam secukup rasa
- 1 cawan tepung gandum
- 2/3 cawan tepung jagung
- minyak yg banyak untuk deep fry ayam
- sedikit minyak
- 2 biji bawang putih
- 1 sudu besar kicap manis
- sedikit air
- 3-4 sudu besar sos gochujang
- 1 sudu besar gula perang
- 1 sudu besar madu
- 350g kepak ayam yang sudah digoreng (bahagian atas)
- bijan putih untuk taburan
- sedikit garam
- 2-3 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar madu
- sedikit minyak
- 2 biji bawang putih
- 1 sudu besar kicap manis
- ½-1 sudu besar serbuk cili/paprika
- sedikit air
- 1 sudu besar gula perang
- 350g kepak ayam yang sudah digoreng (bahagian atas)
- bijan putih untuk taburan
- 1Bersihkan ayam, tos kering. Potong kepak ayam kepada 2 bahagian.
- 2Parut halus bawang putih dan halia ke atas ayam. Tambah serbuk black pepper dan sedikit garam. Perap sebentar.
- 3Campur dan kacau sekata tepung gandum dan tepung jagung. Celup dan gaulkan ketulan ayam tadi atas tepung. Susun dalam bekas
- 4Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan rehat sekejap.
- 5Masukkan kembali ayam dalam kuali dan goreng buat kali ke 2. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Bolehlah sediakan sos salutan ayam pula.
- 1Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- 2Masukkan kicap manis, air, sos gochujang, gula perang, dan madu. Masak sehingga kuah pekat.
- 3Gaulkan ayam yang dogoreng tadi sehingga sekata. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.
- 1Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- 2Masukkan kicap manis, serbuk cili atau serbuk paprika, air, gula perang, sos tomato, madu dan sedikit garam. Masak sehingga kuah pekat.
- 3Gaulkan ayam yang dogoreng tadi sehingga sekata. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.
- •Ayam Korea haruslah digoreng sebanyak dua kali supaya dapat hasilkan ayam yang rangup. Untuk gorengan pertama, memadai sekadar ayam masak kekuningan. Untuk gorengan kedua, masak sehingga ayam keperangan.
- •Jangan guna ayam yang besar sangat kerana nanti isi terlalu berserat dan kurang lembut. Seeloknya guna bahagian chicken wing yang dipotong 2 (winget dan drummet).
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.

Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Jagung wangi berlemak dan Ayam Masak Merah pekat berempah, hidangan klasik Hari Raya yang pasti memikat selera.

Resipi Sup Tulang Gearbox Berempah – Guna Rempah Kisar Homemade
Sup tulang gearbox berempah dengan kuah pekat dan daging empuk, dihidang bersama tumis darat yang wangi.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Paling Sedap & Lembut
Daging goreng kunyit Kelantan style yang lembut berjus, wangi dengan kunyit dan pedas secukup rasa, lauk mudah tapi padu!

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...