
Ayam Goreng Berempah & Nasi Lemak Kukus
Ayam Goreng Berempah yang diperap bersama pelbagai jenis campuran rempah, dipadankan bersama nasi lemak kukus yang lembut dan fluffy.
Ada 2 bahagian utama resepi ni, pertama Che Nom akan tunjukkan cara penyediaan ayam goreng berempah, dan kedua cara untuk sediakan nasi lemak kukus.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 2 ketul kunyit hidup
- 4 batang serai
- 1 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu besar jintan manis
- 3 biji buah keras (optional)
- 4 sudu besar air asam jawa
- sedikit air
- ½ ekor/800g ayam
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar tepung jagung
- ½ sudu kecil garam
- 3 tangkai daun kari
- 1 inci halia
- 1 biji bawang merah kecil
- 2 cawan beras basmathi
- 3 helai daun pandan
- 3 cawan santan (sederhana cair)
- garam secukup rasa
- 1 sudu besar minyak masak
- kacang tanah goreng
- ikan bilis goreng
- timun
- telur rebus
- 1Hiris kasar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit yg dah dikikis kulit.
- 2Potong serai dlm anggaran 2 cm panjang.
- 3Kemudian sediakan rempah yang nak dikisar bersama iaitu biji ketumbar, jintan manis dan buah keras.
- 4Masukkan kesemua bahan dalam blender dan tambah sedikit air asam jawa.
- 5Tambah sedikit air dan kisar halus.
- 6Bersihkan ayam dan toskan.
- 7Tuang kesemua bahan kisar kedalam bekas ayam tadi.
- 8Tambahkan cili kisar, tepung beras, tepung jagung garam dan daun kari.
- 9Gaul sekata kesemua bahan dan perap selama minimum 1 jam. Nak lagi sedap, perap semalaman.
- 10Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.
- 1Hiris nipis halia dan bawang merah kecil.
- 2Basuh beras dan tos airnya.
- 3Masukkan beras, hirisan halia, bawang merah, pandan yang telah dikoyak dan santan ke dalam loyang.
- 4Masukan garam untuk memberi rasa yang lebih berlemak dan sedap rasa nasi.
- 5Kukus selama 30 minit.
- 6Goreng sekejap kacang tanah sehingga perang sikit kulit kacang.
- 7Ikan bilis yg dah basuh bersih, goreng sampai garing dan angkat.
- 8Hidangkan nasi lemak bersama ayam goreng berempah, sambal tumis, ikan bilis dan kacang goreng, telur rebus dan hirisan timun.
- •Tutup sekejap dengan penutup kuali supaya ayam masak sempurna di bahagian dalam, dan isi ayam kekal moist.
- •Tuang sedikit minyak kedalam loyang berisi beras tadi supaya nasi berderai elok bila masak.
- •Jangan terus gembur nasi selepas masak, biar sejuk sekejap dalam steamer yg masih bertutup dalam 10 minit, barulah gembur.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi brownies kedut yang padat, lembap, dan fudgy dengan permukaan berkilat yang cantik, dihasilkan tanpa menggunakan pengadun.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Ayam Berempah Buat Berniaga Pasti Laris
Kali ni Che Nom nak kongsi resepi ayam goreng berempah, yang sesuai sangat kalau kita makan dengan nasik lemak, nasi put...
Diterbitkan pada 21 Januari 2023

Ayam Masak Kurma Pekat dan sedap
Che Nom nak kongsikan resepi Ayam Masak Kurma. Sama seperti kari, hidangan ni sangat terkenal di kalangan masyarakat Mel...
Diterbitkan pada 15 November 2019
Ayam Masak Merah ala Lauk Pengantin
Hi semua, Kali ni Che Nom akan sediakan Ayam Masak Merah ala Lauk Pengantin, yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Mmg...
Diterbitkan pada 28 Ogos 2020

Ayam Masak Butter
Untuk kali ini, Che Nom akan kongsi resepi ayam masak butter versi baru. Ketulan isi ayam yang diperap dengan salutan te...
Diterbitkan pada 3 November 2022

Set Ayam Goreng Kunyit
Resepi Ayam Goreng Kunyit yang rangup di luar dan lembut di dalamnya. Beserta cara untuk menyediakan sambal belacan...
Diterbitkan pada 5 Julai 2020

Ayam Goreng Berlada
Resepi Ayam Goreng Berlada, kepak ayam yang pedas dan sedap, sesuai di makan bersama nasi lemak, boleh menggunakan juga ...
Diterbitkan pada 13 Julai 2014
Resepi Terbaru

Bubur Chacha
Dessert klasik lemak manis penuh dengan tekstur cha cha kenyal, keledek lembut, jagung rangup, dan sagu jernih yang memikat selera.

Kari Kepala Ikan Jenahak
Resepi kari kepala ikan jenahak pekat dan padu, dengan tips tumis pecah minyak untuk aroma wangi semerbak macam di kedai mamak!

Ikan Siakap Masak Asam
Kuah pedas masam yang wangi dan seimbang, disajikan bersama ikan siakap goreng garing yang pasti membuka selera.

Mee Kari Putih Penang
Mee kari dengan kuah putih yang ringan dan jernih, dihidang bersama sambal tumis udang kering yang padu dan lazat.

Bihun Goreng Sarapan Pagi
Resepi bihun goreng yang mudah dan sedap, lengkap dengan tips supaya bihun lembut dan tidak hancur, sesuai untuk sarapan sekeluarga.

Ikan Kembung Bakar Air Asam Kerisik
Ikan kembung bakar wangi dicicah dengan air asam kerisik pedas masam yang padu, confirm bertambah nasi!
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...