ResepiCheNom
Ayam Geprek
Ayam

Resepi Ayam Geprek

Prep 25 minMasak 30 minJumlah 55 minHidangan 4 orang

Ayam geprek rangup digoreng bersalut tepung, lepas tu ditumbuk dan disalut sambal pedas padu. Menu mudah ala Indonesia, cepat siap tapi memang sedap.

Bahan-bahan

Bahan Untuk Ayam Geprek

  • 10-15 tangkai cili padi merah10-15 tangkai cili padi merah
  • 3 biji cili merah besar3 biji cili merah besar
  • 2-3 biji bawang merah2-3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • sedikit gulasedikit gula
  • garam secukup rasagaram secukup rasa
  • serbuk penambah rasa (optional)serbuk penambah rasa (optional)
  • 4 ketul /500g ayam4 ketul /500g ayam
  • 1 biji limau nipis1 biji limau nipis
  • 1-2 cawan tepung goreng ayam segera1-2 cawan tepung goreng ayam segera
  • sedikti air sejuk dari peti aissedikti air sejuk dari peti ais
  • minyak masakminyak masak
  • timuntimun
  • saladsalad

Cara Buat Ayam Geprek

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Sambal

  1. 1
    Potong kasar cili padi merah, cili merah besar, bawang besar dan bawang putih serta tomato.
  2. 2
    Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yang telah dipotong. Tomato dimasukkan lambat sedikit agar ia tidak terlalu hancur.
  3. 3
    Angkat bahan yang digoreng dan toskan minyak.
  4. 4
    Tumbuk atau gesek kasar bahan-bahan goreng.
  5. 5
    Masukkan gula, garam dan serbuk perasa (pilihan) agar secukup rasa. Lalu, tumbuk sebati.
  6. 6
    Tuangkan minyak gorengan yang masih panas kedalam bahan yang ditumbuk.

Untuk Ayam Geprek

  1. 1
    Bersihkan ayam dan perah jus limau nipis kedalam ayam lalu perapkan selama 10-15 minit.
  2. 2
    Celup dan salut ayam yang diperap kedalam tepung ayam segera. Kemudian, celup pula kedalam air sejuk dan celup kembali kedalam tepung. Biarkan ayam seketika agar ia sebati dengan salutan.
  3. 3
    Selepas itu, goreng ayam sehingga masak keperangan.
  4. 4
    Kesemua ayam yang siap digoreng setelah itu ditumbuk atau digrepek bersama sedikit sambal.
  5. 5
    Kemudian, ayam geprek siap dan boleh dihidang bersama nasi, ulam-ulaman dan limau nipis.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Sebelum menggoreng cili padi merah, patahkan cili atau potong kasar bagi menghindarkan ia meletup semasa menggoreng.
  • Untuk mendapatkan ayam goreng yang lebih rangup, ayam yang digoreng hendaklah tidak diletakkan kesemuanya sekaligus kedalam minyak panas tetapi diletakkan dua ketul terlebih dahulu kemudian baru masukkan yang seterusnya.
Video
Pengenalan

Hi Semua, Che Nom nak masak menu mudah harini tp sangat menarik iaitu ayam geprek, inspirasi dari masakan negara jiran iaitu Indonesia.

Sedap sangat hidangan ni…,Ayam tu kita goreng dulu dalam salutan tepung smpai garing kemudian kita tumbuk dan salut dengan sambal pedas.

Ada sedikit persamaan dengan ayam penyet, tapi cara penyediaan lebih mudah dan cepat.

Diterbitkan pada 17 Mac 202181.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru