
Ayam Bakar Tanpa Oven
Jom tengok Che Nom nak share resepi ayam bakar, tanpa perlu gunakan oven atau tanpa air fryer. Hanya dengan menggunakan sebiji kuali sahaja kita dapat sediakan ayam bakar yang cukup moist, dan sedap. Maklum lah rumah kat bandar, mana nak cari dapur arang kan? Bukan semua rumah ada airfryer atau oven, terutamanya sekali rumah bujang.
Jadi Che Nom tunjuk salah satu cara yang mudah, dan ayam pun gerenti masak sepenuhnya sampai ke dalam. Rupa pun cukup menarik dengan sapuan khas untuk grill ayam.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 3 biji bawang merah kecil
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 4 cili merah besar
- 2 sb biji ketumbar
- 4 sb minyak masak
- Sedikit air
- 1 kilo ayam
- 2-3 sb kicap manis
- 2 sb sos tiram
- Garam secukup rasa
- 2 sb madu
- 1 cawan air
- 1 sb minyak masak
- 1-2 sb madu
- 1/2-1 sb kicap pekat manis
- 1Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia dan kunyit.
- 2Cili merah besar pon potong kasar. Kalau nak ganti cili kering pon boleh.
- 3Masukkan biji ketumbar, minyak masak, sedikit air dan semua bahan potong kasar dalam blender.
- 4Lepastu kisar halus.
- 1Perap ayam, dengan bahan blend halus tadi.
- 2Kelar sikit ayam bahagian paha.
- 3Tambah sos tiram, garam, sedikit madu dan kicap manis sikit (jangan banyak nanti jadi ayam bakar kicap pulak).
- 4Gaul sebati
- 5Perap anggaran setengah jam.
- 1Masukkan ayam dalam kuali, masuk dengan kuah perapan tu sekali.
- 2Masukkan 1 cawan air (Che Nom kocak dulu air dengan bekas perap ayam tadi).
- 3Lepas tu reneh perlahan-lahan sampai ayam masak.
- 4Dah lepas 10-15 minit, boleh terbalikkna ayam dan sambung lagi rebus.
- 5Bila ayam dah masak, boleh angkat ayam, tak perlu rebus lama takut hancur isi.
- 6Kuah yang tinggal, kita sambung reneh sampai pekat.
- 7Bila kuah dah pekat, tuang masuk balik ayam dan gaul rata.
- 1Sebelum grill ayam, kita sediakan bahan untuk kita sapu masa grill nanti. Campurkan sedikit minyak masak, kicap dan madu. Kacau sebati dan siap.
- 2Drizzle minyak sikit atas kuali.
- 3Bila kuali dah betul-betul panas, susun ayam, api perlahan je.
- 4Bila bahagian bawah dah garing, boleh terbalikkan.
- 5Boleh lah sapu dengan bahan yang kita gaul tadi.
- 6Kemudian terbalikkan lagi sekali, dan sapu lagi.
- 7Lepas dah sapu bancuhan madu tu, mamang tak boleh bakar lama sebab cepat hangus ada madu.
- 8Bila dah berkilat elok ayam grill ni, boleh lah angkat.
- •Kalau tawar tambah garam sikit, tapi jangan terasa sangat garam tu sabab kita masak sampai marinade ni pekat, takut masin jadiknya.
- •Lepas reneh ayam 10-15 minit, boleh tengok paha ayam dah keluar mcm cecair gelap, maknannya dalam tu dah mulai masak. Kalau merah lagi tu, tak masak lagi lah dalamnya.
- •Tak perlu rebus ayam lama-lama sebab nak elak ayam lembut sangat. Lepas rebus kan nak grill pulak.
- •Ayam ni dah masak dalamnya, jadi kita grill ni sebab nak ambik aroma grill tu saja, dan juga rupa pon nampak menyelerakan.
- •Masak gill, lepas dah sapu bancuhan madu tu, mamang tak boleh bakar lama sebab cepat hangus ada madu.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan

Ayam Masak Sos Tiram Thai
Che Nom kongsikan resepi mudah Ayam Masak Sos Tiram ala Thai, sesuai untuk yang buntu nak masak ayam. Gabungan rasa masam, masin, pedas, manis memang membuka selera.

Ayam Goreng Mamak Rangup
Untuk peminat ayam goreng, dan sesiapa yang suka makan ayam goreng style mamak? Kali ni Che Nom akan share cara mudah da...

Nasi Ayam Claypot
Che Nom berkongsi resepi Claypot Chicken Rice versi mudah untuk dicuba di rumah. Resepi ini diolah mengikut citarasa sendiri dengan ayam yang diperap sempurna. Tips untuk beginner turut dikongsikan bagi mendapatkan ayam yang moist dan lembut serta nasi yang berkerak.

Ayam Varuval
Resepi kali ini ialah Ayam Varuval, masakan India yang terkenal dan disukai ramai. Sejujurnya Che Nom tak pernah masak a...

Ayam Butter Kicap dan Nasi Butter
Resepi mudah Ayam Butter Kicap yang dipadankan dengan Nasi Butter, sesuai untuk yang buntu nak masak apa. Ayam Butter Kicap berkuah pekat dengan rasa manis-manis pedas berlemak, manakala Nasi Butter pula lembut, lemak bersusu dan wangi.

Rendang Ayam Tumis Istimewa Hari Raya
Kali ni Che Nom nak share cara untuk masak rendang ayam yang cukup pekat, sedap, wangi dan sangat sesuai sangat untuk ki...