ResepiCheNom
Acar Rampai

Resepi Acar Rampai

Prep 30 minMasak 30 minJumlah 1 jam

Acar Rampai kenduri yang manis berempah dengan masam sikit, memang ngam makan dengan nasi tomato, briyani atau nasi minyak. Ikut tips ni supaya sayur kekal rangup krup krap.

Bahan-bahan

Bahan Acar Rampai

  • BijanBijan
  • 1/2 sk pes kapur makan1/2 sk pes kapur makan
  • 1 batang lobak merah1 batang lobak merah
  • 1 batang timun1 batang timun
  • 2 tangkai cili merah2 tangkai cili merah
  • 8 ulas bawang putih8 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah kecil5 biji bawang merah kecil
  • 7-8 tangkai cili kering7-8 tangkai cili kering
  • 1/2-1 biji bawang besar1/2-1 biji bawang besar
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1 sb udang kering1 sb udang kering
  • 1/2 sb biji sawi1/2 sb biji sawi
  • 1 sb rempah kari1 sb rempah kari
  • 2 sb gula2 sb gula
  • 1 sk serbuk kunyit1 sk serbuk kunyit
  • 1/3 cwn cuka1/3 cwn cuka
  • 2 sk garam2 sk garam

Cara Buat Acar Rampai

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Acar Rampai

  1. 1
    Potong timun (bahagian biji jangan ambik) dan carrot memanjang seperti batang mancis.
  2. 2
    Rendam timun dan carrot dalam air kapur ½ jam (supaya sayur rangup). Kemudian tapis dan bilas dengan air.
  3. 3
    Cili merah buang tangkai dan biji kemudian racik halus (jangan terlalu nipis).
  4. 4
    Bawang putih dan bawang merah belah dua atau tiga (pastikan bawang masih tebal).
  5. 5
    Potong kasar bawang besar dan halia.
  6. 6
    Rendam udang kering anggaran 10 minit.
  7. 7
    Kisar halus cili kering, bawang besar, halia, udang kering dan air.
  8. 8
    Sangai bijan sampai naik bau kemudian angkat dan ketepikan.
  9. 9
    Panaskan minyak dan tumis biji sawi.
  10. 10
    Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kari. Tumis sampai kering dan pecah minyak.
  11. 11
    Masukkan gula dan cuka makan. Masak sampai kering sikit.
  12. 12
    Masukkan garam, bawang putih, bawang merah dan sedikit bijan. Masak sampai kesemua bahan layu.
  13. 13
    Tambah serbuk kunyit (untuk warna yang lebih menarik), kacau sebati dan tutup api. Biakan bahan tumisan suam sikit.
  14. 14
    Masukkan timun dan carrot. Kacau sebati.
  15. 15
    Tabur hirisan cili merah dan bijan sebelum hidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Untuk senang potong carrot, trim sikit bahagian tepi carrot menjadi bentuk 4 segi. Potongan akan jadi sama dan carrot tak bergerak masa potong.
  • Petua untuk rangupkan sayur, rendam sayur dalam air kapur. Kalau tak ada kapur, boleh rendam dalam air sejuk (tapi hasil selepas masak mungkin berbeza).
Pro Tips & FAQ

Pro Tips

  • dfdfdfdfdf

    dfdfdfdf

Video
Pengenalan

Seperti yang dijanjikan, Che Nom nak share resepi Acar Rampai. Menu sampingan yang selalu ada di waktu kenduri kendara dan biasanya padankan dengan nasi berperisa macam nasi tomato ke nasi briyani ataupun nasi minyak. Lauk yang sesuai dihidangkan sekali pula ialah ayam masak merah. Anda boleh rujuk pada resepi yang lepas mengenai perkongsian resepi ayam masak merah dan resepi nasi minyak style kenduri.

Acar Rampai yang sedap bagi Che Nom, rasa tu mestilah sedikit manis dan berempah. Ada rasa masam-masam pun juga, dan yang penting mesti kurp krap rangup kalau kita makan. Sayur tu mesti rangup. Siapa setuju. Jadi resepi kali ni, ada tips mcm mana nak sediakan acar rampai yang sedap dan krup krap bila makan.

Diterbitkan pada 26 September 202234.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru