Resepi Acar Timun Mentah
Acar Timun Mentah ni memang ngam makan dengan nasi minyak atau nasi tomato, rangup dan segar. Paling best tak perlu masak, cuma gaul je-memang potong lemak untuk hidangan berlemak.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1/2 biji nenas
- 2-3 biji timun, bergantung kepada saiz
- 2 biji bawang besar
- 2 biji cili merah
- 8 sudu besar cuka
- 4 sudu besar gula
- sedikit garam
Cara Buat Acar Timun Mentah
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan nenas dan buang kulit, kemudian hiris nipis.
- 2Bersihkan timun, buang kulit dan cakar bahagian luar timun menggunakan garfu dalam garis memanjang. Hiris nipis
- 3Hiris nipis bawang merah dan cili merah.
- 4Gaulkan semua bahan bersama cuka, gula dan sedikit garam sehingga sekata. Siap dihidang.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 10 hidangan
- Kalori
- 65 kcal
- Protein
- 1 g
- Karbohidrat
- 15 g
- Lemak
- 0 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 11 g
- Natrium:
- 230 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan; jumlah lebih kurang 1.4 kg acar dianggar 10 hidangan sampingan.
- 2-3 biji timun dikira 2.5 biji (625 g) dan 1/2 biji nenas dikira 400 g isi.
- 'Sedikit garam' dianggar 1 sudu kecil untuk keseluruhan acar.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Jangan tambah air di dalam acar kerana dengan perlahan air dari buah nenas dan timun akan keluar sendiri selepas dibancuh bersama cuka dan bahan2 lain.
Nota memasak
test
test
Video
Pengenalan
Resepi Acar Timun Mentah yang sesuai dimakan bersama nasi minyak, nasi tomato atau nasi berperisa yang lain. Che Nom sediakan acar ni untuk dimakan bersama nasi tomato.
Cara nak buat acar ni sangat mudah dan tak perlu dimasak. Sebab tu lah dipanggil acar mentah dan bahan-bahan pun mudah sahaja.
Acar ini melengkapkan hidangan nasik yg berminyak kerana kandungan cuka yang tinggi dan sesetengah org panggil hidangan 'potong lemak' kerana boleh menyeimbangkan menu hidangan makanan berlemak dan berminyak.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









