Kuih Siput

Kuih Siput

Kali ni Che Nom nak share resepi kudap-kudapan klasik iaitu kuih siput. Dari dulu lagi kalau waktu raya mesti ada di hidang kuih siput ni. Che Nom pasti akan makan. Dalam banyak-bayak tu, ada yang rapuh, yang gebu, yang keras gigit tak pecah pun ada.

Tapi jangan risau, resepi ni insyaAllah rangup gebu dan tak keras hasilnya. Cukup dengan rasa pedas, lemak-lemak masin dan bau harum daun kari. Memang layan sangat jika dibuat kudap-kudapan.

Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 28 April 20231388 paparan

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

  • 500g tepung gandum
  • 100g atau 120g majerin
  • 2 sb udang kering
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sb minyak masak (optional)
  • 1 sb rempah kari
  • 1 sb cili kisar
  • ATAU 2-3 tangkai cili kering
  • 1 sb serbuk jintan manis
  • 1 sb serbuk jintan putih
  • 1 biji telur
  • Daun kari
  • 1 sk garam
  • 150ml air
Cara Memasak

  1. 1
    Potong kasar bawang besar dan bawang putih
  2. 2
    Udang kering bilas dengan air dan toskan, kemudian rendam sekejap sampai lembut.
  3. 3
    Gunting kasar cili kering dan rendam dalam air panas, kalau tak nak guna cili kering, boleh ganti serbuk cili atau pes cili kisar terus.
  4. 4
    Satukan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih. Kalau tak ada yang serbuk boleh guna yang biji.
  5. 5
    Panaskan minyak kemudian goreng bawang besar, bawang putih dan udang kering. Goreng sekadar naik bau dan terus angkat.
  6. 6
    Masukkan bawang goreng, udang kering goreng, cili kering, serbuk rempah, garam dan air dalam blender. Kisar halus dan ketepikan dahulu.
  7. 7
    Cairkan majerin atas api perlahan. Tak perlu mendidih, bila dah cair je terus tutup api.
  8. 8
    Tuang tepung gandum atas dulang.
  9. 9
    Tuang masuk majerin cair dan kacau sampai jadi serbuk kasar macam serbuk roti.
  10. 10
    Masukkan bahan kisar halus dan gaul sebati.
  11. 11
    Pecahkan telur, pukul sebati dan masukkan dalam doh.
  12. 12
    Uli doh sampai tak melekat dekat tangan.
  13. 13
    Boleh percik sikit air kalau doh tu keras dan susah nak bentuk.
  14. 14
    Rehatkan doh anggaran 1/2 -1 jam, tujuan nak bagi doh serap semua air dan biar doh lebih lembut.
  15. 15
    Gris loyang dengan minyak.
  16. 16
    Bahagi doh kepada dan 1/2 doh simpan bawah kain untuk elak kering.
  17. 17
    Cubit doh anggaran 10 sen dan gentel bulat.
  18. 18
    Tekan doh atas papan acuan dengan ibu jari dan tolak sampai jadi bentuk macam siput.
  19. 19
    Ulang bentukkan kuih siput sampai habis.
  20. 20
    Bila minyak dah panas, boleh mula goreng.
  21. 21
    Kerap kacau untuk leraikan kuih siput yang melekat.
  22. 22
    Bila kuih siput dah mula keras dan nak perang, tabur masuk daun kari
  23. 23
    Bila dah garing boleh angkat dan toskan minyak.
Petua & Panduan
  • Kalau buat banyak, masak bentukkan kuih siput, boleh tutup dulu doh kuih siput yang telah dibentuk untuk elak doh kering.
  • Seloknya goreng jangan terlalu perang sebab selepas angkat proses pemanasan masih belum berhenti. Jadi ambil masa nak sejuk takut pahit kuih nanti.

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Soalan: Bolehkah saya menambah atau mengurangkan udang kering dalam resepi?

Umum
Jawapan:

Ya, sudah tentu anda boleh mengubah suai kuantiti udang kering mengikut citarasa anda. Resepi ini menyarankan 2 sudu besar udang kering. Jika anda suka rasa udang kering yang lebih kuat, anda boleh tambah sedikit lagi. Jika anda kurang menggemari rasa udang kering, anda boleh kurangkan kuantitinya atau tinggalkannya. Cuma, rasa kuih siput mungkin sedikit berbeza daripada resepi asal. Pastikan udang kering dibilas dan direndam sekejap sehingga lembut sebelum digunakan.

Soalan: Kenapa kuih siput saya menjadi liat dan kurang rangup?

Umum
Jawapan:

Terdapat beberapa sebab mengapa kuih siput anda menjadi liat dan kurang rangup. Berikut adalah beberapa kemungkinan berdasarkan resipi dan pengetahuan am:

  • Terlebih Uli: Jika doh terlebih uli, gluten dalam tepung gandum akan menjadi terlalu kuat, menyebabkan kuih siput menjadi liat. Pastikan anda menguli doh sehingga ia tidak melekat di tangan sahaja.
  • Kurang Majerin: Majerin membantu menjadikan kuih siput rangup. Jika anda menggunakan kurang daripada yang disarankan (100g atau 120g), kuih siput mungkin kurang rangup.
  • Suhu Minyak: Pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng. Jika minyak tidak cukup panas, kuih siput akan menyerap lebih banyak minyak dan menjadi liat.
  • Cara Menggoreng: Kerap mengacau kuih siput semasa menggoreng untuk mengelakkannya daripada melekat dan memastikan ia masak sekata. Angkat kuih siput apabila ia sudah garing.
Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

786 Resipi
Lihat profil Che_Nom

Resipi Berkaitan