Senarai resepi Che Nom di bawah kategori Kuih muih

Corn Dog Cheese Mozarella

Korean street style corndog, yang mudah disediakan…bahanutama ialah mozzarella cheese block, kerana kita nk dapatkan texture cheese ygmelted bila digigit time panas-panas. Memandangkan cuti sekolah dah dekat, iniadalah antara makanan/snack yg boleh kita sediakan untuk anak-anak,senang sbbboleh buat stok frozen jugak.

Cekodok Pisang Sedap

Resepi Cekodok Pisang, cara orang lama yang tidak menggunakan sebarang ejen penaik. Che Nom memang sukakan cara sebegini kerana resepi inilah yang diajar oleh ibu Che Nom sendiri. Cara orang lama ni harus pandai mengagak kuantiti tepung dan pisang, oleh itu sukatan tepung harus dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga pekat sehingga …

Buah Melaka

Resepi Buah Melaka, Resepi yang sangat mudah, hanya ikut langkah-langkah yang di nyatakan pasti menjadi, Buah Melaka adalah hidangan kuih muih terkenal dan sedap.

Roti Sosej Cheese Gulung

Roti Sosej Cheese Gulung sesuai disediakan buat sarapan pagi ataupun minum petang. Bukan sahaja mudah untuk disediakan tetapi juga cukup menarik jika disajikan untuk kanak-kanak. Boleh jadi menu yang menarik untuk majlis hari jadi dan potluck. Sangat sedap dimakan ketika masih panas kerana cheese nya masih cair dan meleleh di …

Kuih Kaswi

Resepi Kuih Kaswi yang cukup mudah kerana sukatannya hanya menggunakan cawan. Che Nom masak dahulu gula merah dan gula putih bersama daun pandan supaya kuih yang terhasil nanti akan lebih wangi dan sedap rasanya. Tekstur kuih kaswi ini tak terlalu keras dan masih bergoyang, menandakan kuih kaswi lembut sedang elok …

Kuih Sagu Merah

Resepi Kuih Sagu berwarna merah, kuih tradisi yang sedap dan tak lapuk dek zaman. Resepi kuih ni mudah sahaja tapi yang susah nya bila nak pastikan sagu tidak menjadi terlalu lembik semasa proses merebus. Lepas rebus sekejap, kita kukus pula supaya kuih menjadi biji cantik dan lembut. Cara mengukus juga …

Cucur Jagung

Resepi Cucur Jagung yang mudah dan cepat disediakan. Che Nom cuma gunakan bahan asas di dalam resepi ini kerana ini lah cara penyediaan ibu sejak dari dahulu lagi. Untuk resepi ini anda hanya perlu mengagak sahaja jumlah bahan yang digunakan.

Popia Simpul Kasih Serunding Ikan

Resepi Popia Simpul Kasih, yang kebiasaannya dihidangkan sebagai kudap-kudapan pada musim perayaan seperti Hari Raya. Cara pembuatannya popia simpul ni memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi tetapi hasilnya sangat berbaloi. Kalau buat sendiri, pastinya kos lebih rendah berbanding jika beli yang dah siap sebab kerumitan proses penghasilannya. Untuk resepi ini …

Cek Mek Molek

Resepi Cek Mek Molek, kuih tradisi kegemaran ramai yang berasal dari pantai timur. Kebiasaannya menggunakan ubi keledek oren yang direbus sehingga empuk dan cuma digaul bersama tepung gandum dan garam. Resepinya mudah sahaja tetapi anda harus pandai mengagak sebanyak mana tepung yang perlu dimasukkan supaya kuih tidak menjadi terlalu lembik …

Apam Kukus Coklat

Resepi Apam Kukus Coklat yang lembap dan gebu, dan paling utama sekali kuih ini amat mudah disediakan. Anak-anak pun sangat menyukainya. Resepi ini Che Nom dapat dari sahabat di facebook dan bila ditengok bahan-bahannya amat mudah dan kebanyakannya dah ada di pantri dapur. Bila cuba, hasilnya memang terbaik. Apam ini …

Kuih Keria Gula Melaka

Resepi Keria Gula Melaka yang sangat viral di media sosial gara-gara kehebatan kuih keria gula melaka antarabangsa Haji Jalil Limbongan di Melaka. Ada yang sanggup beratur sehinga berjam-jam semata-mata untuk membeli kuih keria yang dikatakan sangat istimewa dan sedap itu. Bagi yang teringin untuk cuba buat sendiri di rumah, boleh …

Popia Goreng Bersira Pedas

Resepi Popia Goreng Bersira Pedas, ada yang panggil kuih ni popia goreng sambal ataupun popia goreng bercili. Kuih ni memang sangat sedap dan tak jemu di makan. Bahan-bahan untuk menyediakan popia ini juga sangat lah mudah dan cuma memerlukan kerajinan yang tinggi untuk balut setiap satu popia dan sediakan sambal …

More