Resepi Kuih Seri Muka Gerenti Jadi Dan Sedap
Kuih seri muka atau pulut sekaya ni gerenti jadi dengan sukatan tepat, pulut lemak dan lapisan kastard pandan cukup gebu. Sesuai untuk minum petang, memang cepat licin satu talam.

Bahan-bahan
Cara Buat Kuih Seri Muka
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 10 biji
- Kalori
- 350 kcal
- Protein
- 7.5 g
- Karbohidrat
- 57.5 g
- Lemak
- 10 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 21.5 g
- Natrium:
- 470 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Semua sukatan gram/ml dalam resepi digunakan terus untuk kedua-dua lapisan.
- Pati pandan hanya air kisaran daun, tidak menyumbang kalori.
- Minyak gris loyang dianggar 8 g.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 sudu besar gula putih bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 13g (cawan US 240ml).
- 1 sudu kecil garam bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 6g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Sapu pisau dengan sedikit minyak supaya mudah dipotong.
- Bahagian pulut kukus kena lebih berasa sikit masinnya supaya dapat seimbangkan dengan rasa manis bahagian atas hijau.
- Tunggu kuih sehingga betul-betul sejuk dahulu barulah dipotong. Kalau masih panas nanti kuih lembik dan tak cantik bila potong.
Video
Pengenalan
Resepi kuih seri muka atau orang utara panggil pulut sekaya yang gerenti jadi dan pasti sedap. Resepi ni dikongsi oleh ibu mertua sahabat baik Che Nom iaitu Cikgu Jun. Setelah cuba masak resepi ni, terus Che Nom rasakan inilah the perfect seri muka yang di cari-cari selama ini.
Bahan-bahannya semua sama je macam resepi mak Che Nom, cuma biasalah kan kalau resepi orang lama ni banyak nak kena agak-agak, jadi bila dapat resepi yang dah ada sukatan memang senang nak buat. Cuma ada sedikit sahaja penambahan sahaja dari resepi asal.
Boleh juga kalau anda nak masak sekejap bahagian hijau atas tu bagi suam sikit sebelum kukus. Tapi Che Nom lebih prefer kukus je terus cara orang lama.Memang sedap kuih ni. Kalau buat minum petang dengan Teh 0 sambil mem'bawang' confirm lah tak sedar dah habis setalam.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat









