
Resepi Kuih Lompang Lembut Berlesung Pipit
Jom buat kuih lompang lembut gedik-gedik dengan lesung pipit cantik, manis dari tiga jenis gula dan harum pandan. Makan pula dengan kelapa parut lemak masin, memang padu.
Bahan-bahan
Cara Buat Kuih Lompang
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Masak kesemua bahan untuk air gula. Kacau sehingga gula larut dan mendidih. Tapis dan sejukkan.
- 2Masukkan tepung beras dan tepung ubi ke dalam mangkuk. Tuang air gula dan air kapur dan kacau sebati. Setelah sebati, tapis adunan supaya dapat pastikan tak ada ketulan yang tertingggal.
- 3Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak. Susun dalam tray dan kukus acuan kosong selama 5 minit.
- 4Setelah kukus, tuang adunan lompang sehingga ¾ penuh. Kukus kembali selama 15-20 minit. Setelah kuih lompang masak keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan. Jangan keluarkan dari acuan ketika panas.
- 5Sementara menunggu, gaul sekata bahan hiasan atas iaitu kelapa parut, garam dan daun pandan. Kukus selama 5 minit. Hias atas kuih lompang.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1/4 cawan gula putih bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 50g (cawan US 240ml).
- 1/2 cawan gula merah bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 110g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Nak tau bagaimana cara untuk menyediakan kuih lompang yang sedap, lembut gedik-gedik, dan berlesung pipit cantik je, jom ikut cara Che Nom sediakan kuih tradisional melayu ni.
Lompang ni manis rasanya hasil dari gabungan tiga jenis gula, ditambah pula dengan aroma yang harum dan meyelerakan dari daun pandan serta digabungkan dengan kelapa parut yang lemak masin.
Resepi ni tak perlukan bahan yang banyak, cuma ada beberapa tips yang perlu diberi perhatian supaya kita dapat hasilkan kuih lompang yang perfect dari segi texture dan rasa.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









