Kuih Ketayap Yang Lembut
Hi Semua, Kali ni Che Nom nak kongsi satu lagi resepi kuih tradisi mudah iaitu kuih ketayap, yang gerenti sedap… wangi dan lembut walaupun disimpan lama, inti yang lembap manis secukup rasa. Kita perlu sediakan inti kelapa dulu, dari kelapa parut segar dan kemudian sediakan kulit kuih ketayap. Oleh kerana kulitnya yang lembut, ada tips yang Che Nom akan highlight sepanjang penyediaan resepi ni.
Di Indonesia, kuih ini lebih dikenali sebagai dadar gulung.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 biji kelapa parut
- 1/2 cawan gula melaka
- sedikit air
- 1/2 cawan gula putih
- 1-2 helai daun pandan
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 cawan tepung gandum
- 2 1/2 cawan santan cair (ATAU 1 kotak kecil santan cairkan bagi jadi 2 1/2 cawan)
- 1/2 cawan jus pandan (kisar 1/2 cawan air bersama 5-6 helai daun pandan)
- 1 biji telur
- 1/2 sudu kecil pewarna hijau
- 2 sudu besar minyak masak
- 1/2 - 1 sudu kecil garam
- 1Masak kelapa parut (kelapa muda lagi sedap), sedikit air, gula nisan @ gula melaka.
- 2Tambah lagi air supaya gula mudah larut.
- 3Kacau sampai gula cair sikit.
- 4Masukkan daun pandan.
- 5Teruskan masak sampai bahan-bahan larut sekata.
- 6Masukkan gula putih dan garam.
- 7Bila dah masak, masukkan dalam bekas dan sejukan.
- 1Gunting daun pandan kemudian bland dengan sedikit air.
- 2Ambil air daun pandan.
- 3Masukkan bahan-bahan kedalam blander secara berselang seli.
- 4Dimulakan dulu santan cair (supaya tepung tak melekat di permukaan bawah blander).
- 5Diikuti dengan tepung gandum, air pandan, telur, garam, pewarna hijau dan minyak masak (untuk kuih kekalkan lembut lebih lama).
- 6Kisar sampai sebati dan kemudian tapis.
- 7Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak masak (ratakan dengan tisu).
- 8Tuang adunan dan ratakan dalam pan.
- 9Sejukkan kulit ketayap selama 30 saat hingga 1 minit (supaya kulit tidak koyak bila digulung).
- 10Masukkan inti dan gulung perlahan-lahan.
- •Untuk kulit tak mudah koyak, boleh juga campur sedikit tepung ubi.
- •Inti kelapa boleh ditambah tepung gandum sikit kalau suka yg melekit dan bergumpal.
- •Untuk nak masak inti kelapa, boleh masak gula melaka dan air dulu bagi cair sebelum masuk kelapa parut. Che Nom tak masak dulu sbb guna gula nisan ori dari Marang, gula nya yg lembut dan cepat cair.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Cucur Badak
Kali ni, jom kita buat cucur badak yang semua orang tau memang takde badak pun dalam ni; macam mana dapat nama tu, Walla...
Diterbitkan pada 24 Mei 2023

Kuih Bom
Resepi Kuih Bom menggunakan inti kepala dan gula merah bersama bijan, Kuih yang tak asing lagi sedap dan mudah. ...
Diterbitkan pada 13 Julai 2014

Kuih ketayap
Jom tgk Che Nom sediakan antara kuih yang menjadi kegemaran ramai, iaitu kuih ketayap. Dulu Che Nom dah pernah share, ta...
Diterbitkan pada 11 Mei 2023

Kuih Bom Bijan Kelapa
Dalam resepi ni Che Nom kongsikan resepi versi ke 2 dan tips yang untuk hasil kan kuih bom bijan yang rangup diluar dan...
Diterbitkan pada 19 Januari 2024

Kuih Koci Pulut Hitam
Kuih tradisional dengan pulut hitam, inti kelapa, dan kuah santan.
Diterbitkan pada 25 Januari 2025
Resepi Terbaru

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.

Lontong Kuah Lodeh & Sambal Bilis Che Nom
Resepi lengkap Lontong Kuah Lodeh bersayur bersama Sambal Bilis garing yang sesuai untuk hidangan jamuan.