Resepi Corn Dog Cheese Mozarella
Corn dog cheese mozzarella ala street Korea yang rangup di luar, cheese tarik meleleh bila digigit panas-panas. Sesuai buat stok frozen untuk snack anak-anak masa cuti sekolah.

Bahan-bahan
Bahan Untuk Corn Dog
- 1 biji telur
- air secukupnya ,untuk rebus hotdog
- 6-7 batang hotdog
- 2 ½ cawan tepung gandum
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu kecil baking powder
- susu full cream, anggaran 2 cawan
- 1 sudu besar serbuk cheese parmesan, optional
- 1 sudu kecil garam
- serbuk breadcrumb, anggaran 1 1/2 cawan
- cornflakes, anggaran 1 cawan
- 250g cheese mozzarella blok
- lidi satay
- sedikit tepung gandum
- mayonis
- sos cili
Cara Buat Corn Dog Cheese Mozarella
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan air. Rebus hotdog dalam air mendidih selama 2-3 minit. Angkat dan toskan.
- 2Masukkan tepung gandum, gula dan baking powder ke dalam mangkuk.
- 3Tuang sedikit susu full cream dan telur. Kacau supaya agak sekata.
- 4Tambah susu full cream sikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yg sesusai.
- 5Masukkan serbuk cheese parmesan dan garam, kacau sebati. Rehat adunan dalam peti ais selama 10 minit.
- 6Ramas cornflakes sehingga menjadi serbuk kasar. Gaulkan dengan serbuk bread crumbs. Ketepikan.
- 7Potong ketulan cheese mozzarella kepada kiub kecil anggaran panjang dan lebar 2cmx2cm.
- 8Potong sosej kepada 2 atau 4 bahagian (ikut suka anda).
- 9Ambil lidi satay, cucuk sosej dan selang seli dengan cheese mozzarella. Ulang sampai habis.
- 10Tabur atau golek-golekkan atas tepung gandum
- 11Tuang adunan yang direhatkan tadi ke dalam cawan yang tinggi sehingga hampir penuh.
- 12Celup lidi corn dog ke dalam cawan adunan, angkat dan salut dengan serbuk cornflakes dan bread crumbs. Tekan-tekan sikit dgn tangan supaya kemas.
- 13Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan toskan atas kertas tisu.
- 14Boleh hias dengan mayonis dan sos cili.
Dah cuba resepi ni? Beri bintang
Tak perlu log masuk.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 7 biji
- Kalori
- 580 kcal
- Protein
- 21 g
- Karbohidrat
- 43 g
- Lemak
- 35.5 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 5.5 g
- Natrium:
- 1160 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Hanya ~60% adunan dan ~70% salutan breadcrumb/cornflakes melekat
- Minyak menggoreng dikira ~15% daripada salutan (~90 g) diserap
- Hotdog 50 g sebatang, mozzarella 250 g dibahagi 7
- Mayonis dan sos cili 2 sudu besar setiap satu
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Adunan tepung jangan cair sangat kerana nanti salutan akan jadi terlalu nipis.
- Tujuan kita salut sengan tepung gandum dulu sebelum celup tepung ialah supaya tepung melekat dengan baik.
- Kalau tak ada cornflakes, boleh saja disalut dengan serbuk bread crumbs.
- Api jangan kuat sangat masa menggoreng kerana nanti perang kat luar tapi dalam tak panas, bila tak panas cheese tak akan jadi bertali.
Video
Pengenalan
Korean street style corndog, yang mudah disediakan…bahanutama ialah mozzarella cheese block, kerana kita nk dapatkan texture cheese ygmelted bila digigit time panas-panas.
Memandangkan cuti sekolah dah dekat, iniadalah antara makanan/snack yg boleh kita sediakan untuk anak-anak,senang sbbboleh buat stok frozen jugak.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Popia Carbonara Keju Meleleh

Resepi Capati Lembut dan Kuah Kari Ayam Masala

Resepi Kek Puding Karamel Pelangi

Resepi Ayam Golek Pasar Malam Guna Oven

Resepi Tauhu Crispy dan Sambal Kicap









