Resepi Apam Balik Pasar Malam Lembut & Gebu
Jom buat apam balik pasar malam yang tebal, lembut dan gebu dengan tekstur berongga, guna kuali non-stick je. Inti kacang pun boleh kisar sendiri, memang padu walau dah sejuk.

Bahan-bahan
Bahan Untuk Apam Balik
- 1 biji telur
- 2 cawan tepung gandum
- 2 ½ sudu kecil serbuk penaik
- ½ sudu kecil soda bikarbonat
- Secubit garam
- ½ cawan gula
- 2 sudu besar mentega atau majerin
- 1 ½ cawan air
- ½ sudu kecil esen vanila
- Sedikit pewarna kuning
- Gula
- 1 mangkuk kecil kacang tanah
- Jagung manis berkrim
- Ketulan mentega
- Majerin, untuk sapuan
Cara Buat Apam Balik
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Apam Balik
- 1Ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan sedikit garam sebagai bahan kering.
- 2Didalam bekas lain sebagai bahan basah, masukkan gula dan telur lalu kacau sehingga kembang dan putih.
- 3Tuangkan bahan basah iaitu adunan telur dan gula kedalam bahan kering.
- 4Masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau adunan.
- 5Tambah air serta kacau sehingga sebati sehingga mendapatkan adunan cair.
- 6Masuk esen vanilla dan sedikit pewarna kuning.
- 7Rehatkan adunan dalam anggaran ½ jam.
- 8Goreng atau sangai kacang tanah mentah sehingga keperangan dan buang kulit kacang tanah.
- 9Kisar sederhana halus kacang tanah mentah.
- 10Tuang adunan kedalam kuali bila kuali betul-betul panas.
- 11Lorek adunan di bahagian tepi kuali untuk mendapatkan bentuk apam balik.
- 12Tutup sekejap agak-agak sampai ¾ masak apam balik (pilihan).
- 13Taburkan gula, serbuk kacang tanah,jagung manis berkrim, dan mentega.
- 14Selepas bahagian tepi apam balik kelihatan perang dan rangup, lipat dan angkat apam balik.
- 15Sapukan majerin pada bahagian apam balik dan kemudian, potong apam balik sebelum dihidang.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 20 biji
- Kalori
- 185 kcal
- Protein
- 4 g
- Karbohidrat
- 23.5 g
- Lemak
- 8.5 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 11 g
- Natrium:
- 130 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan; 2 cawan tepung dianggar 4 keping besar dipotong 20 bahagian.
- Inti 'secukupnya' dianggar: gula 100 g, kacang tanah 150 g, jagung berkrim 300 g, mentega 50 g.
- Majerin sapuan kuali dianggar 30 g untuk semua.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 cawan tepung gandum bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
- ½ sudu kecil soda bikarbonat bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 3g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Tapis jika adunan kelihatan berketul bagi menggelakkan adunan yang telah dicampurkan dengan tepung menjadi keras.
- Minimumkan masa mengacau adunan selepas adunan telah dicampurkan dengan tepung.
- Kulit kacang tanah boleh dibuang menggunakan penapis dengan gaulkan sehingga kulit terkeluar dari kacang dan dibuat semasa kacang masih suam-suam panasnya.
- Gunakan kuali yang tebal dan ‘non-stick’ bagi mengelakkan apam mudah hangus di permukaan dan masak dengan sekata.
- Boleh saja menambah perisa selain yang digunakan seperti coklat atau keju mengikut citarasa tersendiri.
Video
Pengenalan
Hi Semua, kali ini kita ke pasar malam pulak sebab dah lama teringin apam balik versi lembut tebal dan gebu. Mesti ramai yang rindu nak makan kan? Ada sesetengah negeri atau negara lain panggil terang bulan atau martabak manis.
Resepi berbeza dari veri nipis yang Che Nom pernah kongsi dulu, dan masak pun mudah, guna kuali non-stick saja. Kita nak dapatkan tekstur berongga tu untuk hasilkan apam balik yang lembut berongga dan gebu. Luarnya pulak masak dengan perang sekata. Walaupun sejuk, apam balik ini masih lagi lembut dan sedap.
Che Nom tunjuk juga cara nak buat kacang tanah kisar. Ada banyak tips dalam video kalau anda betul-betul nak buat, sila tonton video di YouTube ok.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









