Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.

Resepi Kuih Sagu Merah

Prep 15 minMasak 35 minJumlah 50 minHidangan 10 biji

Kuih Sagu Merah tradisi yang cantik berbiji dan lembut, mudah je nak buat. Rahsianya rebus sekejap lepas tu kukus supaya sagu tak jadi lembik.

Kuih Sagu Merah

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 2 cawan sagu2 cawan sagu320g
  • 2 senduk gula pasir2 senduk gula pasir
  • 1 sudu besar perasa sirap ros1 sudu besar perasa sirap ros15g
  • sedikit pewarna merahsedikit pewarna merah
  • sehelai daun pandan, carik dan simpulsehelai daun pandan, carik dan simpul
  • air, untuk merebusair, untuk merebus

Bahan Untuk Salutan Kelapa

  • kelapa parutkelapa parut
  • sedikit garamsedikit garam

Cara Buat Kuih Sagu Merah

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Penyediaan Utama

  1. 1
    Basuh sagu dan toskan.
  2. 2
    Rebus sagu bersama air dan daun pandan di atas api perlahan. Anggaran air ialah seruas paras jari macam masak nasi tu.
  3. 3
    Kacau perlahan sampai sagu menjadi pekat.
  4. 4
    Masukkan gula, sirap ros dan sedikit pewarna merah jika anda mahukan warna menjadi merah terang. Kacau sekata.
  5. 5
    Tuang sagu di dalam loyang yang sesuai dan kukus selama 20 minit. Jika sagu masih banyak biji-biji yang putih teruskan kukus sedikit lagi. Tidak mengapa jika biji-biji putih tak hilang sepenuhnya.
  6. 6
    Sejukkan dan kemudian pindah ke peti ais supaya betul-betul sejuk.
  7. 7
    Potong dan gaul dengan kelapa parut

Untuk Kelapa Parut

  1. 1
    Kukus sekejap kelapa parut.
  2. 2
    Gaul bersama sedikit garam

Anggaran nutrisi

Setiap 1 biji · resepi untuk 10 biji

Kalori
175 kcal
Protein
0.5 g
Karbohidrat
35 g
Lemak
4 g
Serat:
1 g
Gula:
7 g
Natrium:
80 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • Sagu 2 cawan dianggar 300 g mentah (~350 kcal/100 g).
  • 'Kelapa parut' salutan tidak disukat; dianggar 120 g.
  • 2 senduk gula pasir dianggar 60 g.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cawan sagu bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 320g (cawan US 240ml).
1 sudu besar perasa sirap ros bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 15g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak

Petua & Panduan

  1. Kelapa perlu dikukus seketika supaya tidak mudah basi.
  2. Ikat penutup periuk kukus dengan kain supaya air kukusan tidak menitik di dalam kuih semasa proses mengukus
Video
Pengenalan

Resepi Kuih Sagu berwarna merah, kuih tradisi yang sedap dan tak lapuk dek zaman. Resepi kuih ni mudah sahaja tapi yang susah nya bila nak pastikan sagu tidak menjadi terlalu lembik semasa proses merebus.

Lepas rebus sekejap, kita kukus pula supaya kuih menjadi biji cantik dan lembut. Cara mengukus juga lebih selamat lerana kuih sagu tidak akan mudah menjadi lembik.

Diterbitkan pada 16 Oktober 201964.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru