Resepi Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi
Ikan bilis rangup digaul kicap manis dan cili padi, lauk paling cepat tapi buat nasi laju habis. Tak perlu tambah gula atau garam, sedap makan dengan nasi panas, bubur atau roti.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 mangkuk besar ATAU 300g ikan bilis
- 1 mangkuk kecil minyak
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 biji bawang besar, hiris nipis
- 7-8 biji cili padi, hiris nipis
- sedikit kicap manis
- limau nipis
Cara Buat Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan minyak.
- 2Bersihkan dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- 3Buang sedikit minyak gorengan ikan bilis, tinggalkan dalam anggaran 3-4 sudu.
- 4Tumis cili kisar sehingga masak garing dan pecah minyak.
- 5Masukkan bawang besar dan cili padi. Kacau sehingga sedikit layu. Masukkan ikan bilis dan sedikit kicap manis.
- 6Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama hirisan limau nipis.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 10 orang
- Kalori
- 140 kcal
- Protein
- 19 g
- Karbohidrat
- 3.5 g
- Lemak
- 5 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 2.5 g
- Natrium:
- 1120 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Minyak menggoreng '1 mangkuk kecil' dianggar 150 ml, tetapi hanya ~11% diserap ikan bilis.
- Kicap manis 'sedikit' dianggar 2 sudu besar.
- Ikan bilis kering sangat masin; natrium berbeza mengikut jenama.
- 1 hidangan ialah lauk sampingan, bukan hidangan utama.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Jangan masukkan kicap banyak dan berkuah sangat kerana nanti ikan bilis cepat jadi lembik, memadai cukup sekadar kicap menyaluti ikan bilis dan sedikit sahaja kuahnhya.
- Kalau anda suka lebih pedas boleh lebihkan cili padi.
- Bawang besar tak perlu dikacau lama sangat supaya rasanya sedikit rangup bila dimakan nanti.
Pengenalan
Resepi Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi, hidangan yang paling cepat dan simple tapi boleh menyebabkan anda bertambah-tambah nasi bila makan dengan lauk macam ni.
Kos nak sediakannya pun murah, selain sesuai untuk menu orang bujang atau menu 'menunggu gaji' bak kata orang :) Che Nom gunakan kicap manis dalam hidangan ni, jadi tak perlu lagi tambah gula. Garam pun tak perlu tambah lagi kerana ikan bilis tu dah masin rasanya.
Anak-anak Che Nom suka sangat makan Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi ni bersama nasi panas je. Kalau nak makan dengan bubur nasi atau roti pun boleh. Selamat Mencuba.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









