ResepiCheNom
Ungkep Ayam
Ayam

Resepi Ungkep Ayam

Prep 20 minMasak 15 minJumlah 35 minHidangan 10 orang

Ungkep Ayam ala Jawa yang mudah dan bahan pun ringkas. Kuah rempahnya pekat, rasa lemak berempah macam rendang-memang wajib cuba.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 1kg ayam - potong 10-12 (agak-agak je)1kg ayam - potong 10-12 (agak-agak je)
  • 1 batang serai - diketuk1 batang serai - diketuk
  • 1-2 cawan air1-2 cawan air
  • 1-2 keping asam keping1-2 keping asam keping
  • Sedikit minyakSedikit minyak

Bahan Untuk Dikisar/Ditumbuk

  • Lebih kurang 2-3cm haliaLebih kurang 2-3cm halia
  • Lebih kurang 3cm kunyit hidupLebih kurang 3cm kunyit hidup
  • 12-17 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)12-17 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • 10-12 biji bawang merah10-12 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil biji ketumbar1 sudu kecil biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih1 sudu kecil jintan putih

Cara Buat Ungkep Ayam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan sedikit minyak. Tumis serai yg diketuk tadi. Dah naik bau, masukan bahan-bahan yg dikisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
  2. 2
    Masukkan ayam dan gaul rata hingga ayam kecut dan masak.
  3. 3
    Tambah air sedikit-sedikit. Kacau sekali sekala untuk memastikan ayam tak hangus atau hancur. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan sedikit perasa pilihan.
  4. 4
    Masak hingga kuah agak kering dan ayam empuk. Jika suka kuahnya lebih ,tak perlu masak sampai kering.
  5. 5
    Aangkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Boleh guna serbuk ketumbar, jintan manis dan putih juga. Pastikan bahan- bahan yang dikisar ditumis sehingga betul-betul pecah minyak jika tidak cili tadi akan membuatkan anda sakit perut.
Video
Pengenalan

Masakan jawa ini sangat mudah dimasak. Ia tidak memerlukan bahan-bahan yang susah.

Rasanya lazat dan hampir menyamai masakan rendang. Anda harus cuba resepi ini untuk merasai keenakannya.

Diterbitkan pada 19 Oktober 2016182.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru