Resepi Ayam Masak Gajus
Ayam Masak Gajus ni sedap dan cepat siap, sesuai untuk lauk harian keluarga. Rasa lemak gajus memang ngam bila digaul dengan ayam yang berperisa.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 400 gram ayam, potong sederhana kecil
- 3 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 biji bawang merah, hiris nipis
- 1/2 inci halia, hiris nipis
- 1/2 senduk minyak masak
- 1 cawan gajus, goreng tanpa minyak hingga naik bau.
- 2 sudu besar cili kisar
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji bawang besar atau bawang holland, potong bulat
Cara Buat Ayam Masak Gajus
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Goreng ayam separuh masak, lebih baik di goreng di atas kuali non stick. Angkat dan asingkan.
- 2Panaskan minyak bekas gorengan ayam tadi.Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili kisar dan teruskan masak sehingga pecah minyak.
- 3Masukkan ayam, kacau selama 1-2 minit, kemudian masukkan sos tiram, sos cili, minyak bijan, kicap manis, kicap cair dan gajus. Teruskan memasak sehingga ayam lembut dan masak sepenuhnya. Taburkan dengan bawang besar dan perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 485 kcal
- Protein
- 24 g
- Karbohidrat
- 21 g
- Lemak
- 35 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 8.5 g
- Natrium:
- 580 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 400 g ayam dikira bersama kulit seperti dinyatakan dalam resepi.
- 1 cawan gajus dianggar 130 g dan menyumbang kira-kira separuh lemak hidangan.
- Natrium datang daripada kicap cair, kicap manis, sos cili dan sos tiram; tiada garam tambahan dikira.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Tujuan menggoreng dulu ayam separuh masak adalah supaya menambahkan lagi kelazatan ayam kerana apabila digoreng, bahagian luar akan garing dan berkaramel.
Pengenalan
Resepi Ayam Masak Gajus yang memang sedap, cepat juga disediakan.
Harus dicuba jika anda ingin mempelbagaikan variasi lauk untuk dihidangkan kepada keluarga.
Rasa gajus yang lemak memang sedap ditambah kepada masakan ini.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









