Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.

Resepi Udang Goreng Butter

Prep 25 minMasak 35 minJumlah 1 jamHidangan orang

Udang Goreng Butter yang mudah tapi kena ada teknik-udang segar disalut tepung jadi garing luar lembut dalam, siap dengan egg floss butter beraroma daun kari.

Udang Goreng Butter

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Telur Bersarang

  • 2 ulas bawang putih2 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili padi2 tangkai cili padi
  • sedikit garamsedikit garam
  • ½ sudu kecil serbuk pati ayam½ sudu kecil serbuk pati ayam
  • 1 sudu kecil gula1 sudu kecil gula
  • 1 tangkai daun kari1 tangkai daun kari
  • 1 ½ cawan minyak masak1 ½ cawan minyak masak
  • 50g / 3 sudu besar mentega50g / 3 sudu besar mentega
  • 5 biji telur kuning5 biji telur kuning

Bahan Untuk Udang Goreng

  • 7 ekor udang besar7 ekor udang besar
  • 2 sudu besar tepung jagung2 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garamsedikit garam
  • 1 cawan minyak masak1 cawan minyak masak

Cara Buat Udang Goreng Butter

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Udang Goreng

  1. 1
    Gaul sekata udang bersama tepung jagung dan sedikit garam.
  2. 2
    Goreng udang sehingga kekuningan dengan api yang kuat dalam beberapa minit sahaja, lalu angkat dan toskan minyak.

Untuk Telur Bersarang

  1. 1
    Kacau telur kuning dan tapis.
  2. 2
    Masukkan minyak dan mentega lalu buka api perlahan. Panaskan dan kacau sehingga mentega cair.
  3. 3
    Tuang adunan telur kuning dengan tinggi jarak lebih kurang 2 kaki daripada kuali sambil mengacau gorengan telur. Tuang telur sedikit demi sedikit.
  4. 4
    Kuatkan api. Goreng dan kacau perlahan sehingga buih-buih kecil terhasil.
  5. 5
    Masukkan bawang putih cincang, potongan cili padi,daun kari, sedikit gula dan garam secukup rasa serta serbuk pati ayam.
  6. 6
    Sambung goreng sehingga masak, berbuih dan naik bau, lalu masukkan udang goreng. Kacau bahan lebih kurang 30 saat.
  7. 7
    Tapis kesemua bahan untuk toskan minyak sehingga kering.
  8. 8
    Selepas kering, udang goreng butter siap untuk dihidang.

Anggaran nutrisi

Setiap 1 orang · resepi untuk 3 orang

Kalori
405 kcal
Protein
18.5 g
Karbohidrat
8.5 g
Lemak
32.5 g
Serat:
0.5 g
Gula:
2 g
Natrium:
1080 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • Bilangan hidangan tidak dinyatakan; 7 ekor udang besar dianggar cukup untuk 3 orang sebagai lauk.
  • Udang besar 7 ekor dianggar 350 g, 60% isi boleh dimakan.
  • Minyak goreng dalam dikira 12% serapan sahaja, bukan 2½ cawan penuh.
  • Mentega dianggar jenis bergaram.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Bantuan Semasa Memasak

Petua & Panduan

  1. Selain mentega, boleh juga digantikan dengan marjerin.
  2. Bagi memastikan sama ada minyak sudah cukup panas adalah dengan celupkan hujung chopstik didalam minyak, jika berbuih bermakna minyak sudah cukup panas dan sedia untuk menggoreng.
  3. Pastikan udang tidak terlebih masak apabila digoreng, cukup sekadar garing diluar tetapi didalam tidak terlalu masak.
  4. Minyak gorengan udang boleh disimpan sebagai kegunaan masakan lain.
  5. Bagi gorengan telur bersarang, wajib menggunakan minyak baru.
  6. Pastikan tuang telur dengan tinggi dan jatuh bertali halus kedalam kuali sambil mengacau gorengan telur dengan putaran ataupun membulat pada satu arah.
Video
Pengenalan

Kali ni Che nom tunjukkan cara untuk masak Udang Goreng Butter, resepi yang mudah saja tapi perlukan sedikit teknik dan ketelitian untuk hasil yang menjadi. Udang mestilah guna yang segar, kita goreng dengan sedikit salutan tepung untuk dapatkan udang yang garing di luar dan lembut di dalam.

Kemudian, kita masak pula telur bersarang halus, atau egg floss dengan minyak butter, yang juga memerlukan teknik dan kawalan suhu yang betul bila memasak. Kalau anda betul-betul ikuti video ni, gerenti akan dapat hasil yang sangat memuaskan.

Dari segi rasa, manis-manis udang tu bila dimakan bersama egg floss yang lemak harum dari butter dan daun kari, memang cukup membuka selera.

Diterbitkan pada 18 Disember 202169.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru