Resepi Udang Goreng Asam Ala Nyonya
Udang goreng asam ala Nyonya ni nampak simple, tapi bila dah rasa memang padu masam-masam sedap. Guna udang besar yang segar, sekejap je siap untuk lauk menyelerakan.

Bahan-bahan
Cara Buat Udang Goreng Asam
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan udang dengan cara potong sedikit bahagian kepala yang berekor dan belah bahagian belakang untuk keluarkan kotoran bertali hitam. Jangan buang kulit udang.
- 2Gaulkan udang bersama garam dan kemudian tuang bahan perapan. Perap di dalam peti sejuk selama 1/2 jam hingga satu jam.
- 3Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, dan masukkan udang bersama bahan perapan. Goreng dan teruskan mengacau sehingga udang masak dan kuah kering melekat serta menyaluti udang. 3 minit sebelum udang diangkat, masukkan bawang besar dan kacau sehingga layu.
- 4Angkat dan toskan lebihan minyak.
- 5Hiaskan dengan taburan daun bawang dan cili merah.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 4 hidangan
- Kalori
- 210 kcal
- Protein
- 15 g
- Karbohidrat
- 21.5 g
- Lemak
- 7 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 17 g
- Natrium:
- 790 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; 500 g udang dikira cukup untuk 4 orang.
- Udang dikira 60% isi boleh dimakan.
- Minyak menggoreng tidak disenaraikan; serapan 8% diandaikan.
- Kicap manis 2½ sudu besar menjadi punca utama gula.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Saya mendapat inspirasi untuk mencuba Resepi Udang Goreng Asam ketika menontion Chef yang terkenal dengan masakan nyonya, iaitu Chef Florence Tan di dalam salah satu rancangan masakan nya di TV.
Mula-mula tengok, rasa macam simple sangat resepi ni,.tapi bila saya masak dan rasa sendiri,,.fuhh,memang sangat sedap. Simple dan sangat sedap okay!
Jom cuba. Pastikan udand bersaiz besar (sederhana besar pun okay) dan fresh.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat









