ResepiCheNom
Tortilla Wrap Ayam Panggang

Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang

Prep 30 minMasak 25 minJumlah 55 minHidangan orang

Tortilla wrap ayam panggang ni memang simple, cepat dan tak terlalu berat, sesuai untuk sarapan atau makan malam. Isi padat, sedap dan confirm jadi kegemaran sekeluarga.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Wrap

  • 6 keping roti tortila6 keping roti tortila
  • MayonisMayonis

Bahan Untuk Ayam Panggang

  • 2 keping ayam bahagian dada2 keping ayam bahagian dada
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam, kisar kasar1 sudu kecil serbuk lada hitam, kisar kasar
  • 1 biji bawang putih, parut halus menjadi pes1 biji bawang putih, parut halus menjadi pes
  • 1/2 sudu kecil garam halus1/2 sudu kecil garam halus
  • 2 sudu besar minyak zaitun2 sudu besar minyak zaitun

Bahan Untuk Salad

  • Kubis ungu, hiris sederhana nipisKubis ungu, hiris sederhana nipis
  • Daun salad, hiris sederhana kecilDaun salad, hiris sederhana kecil
  • Ceri tomato, dibelah duaCeri tomato, dibelah dua
  • Karot, diparut kasarKarot, diparut kasar
  • 1/2 batang timun (saya gunalan timun jepun)1/2 batang timun (saya gunalan timun jepun)

Bahan Untuk Kuah Salad

  • 3 sudu besar minyak zaitun3 sudu besar minyak zaitun
  • 3 besar madu3 besar madu
  • 3 sudu besar perahan jus lemon3 sudu besar perahan jus lemon
  • Secubit garamSecubit garam
  • Sedikit serbuk kasar lada hitamSedikit serbuk kasar lada hitam

Cara Buat Tortilla Wrap Ayam Panggang

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Ayam Panggang

  1. 1
    Belah dua dada ayam dan buka lebar, tapi pastikan tidak terputus dua.
  2. 2
    Perap ayam bersama lada hitam, bawang putih, garam dan minyak zaitun selama minimum 1/2 jam.
  3. 3
    Panggang dengan sedikit minyak di atas kuali non-stick pada kedua belah bahagian ayam sehingga masak.
  4. 4
    Angkat dan rehatkan selama 10 minit kemudian hiris nipis.

Untuk Salad

  1. 1
    Gaulkan semua daun salad bersama sayuran lain dan ketepikan.
  2. 2
    Dalam botol kecil, masukkan semua bahan untuk kuah salad dan goncangkan selama beberapa minit sehingga betul-betul sebati. Gaulkan kuah salad bersama bahan salad. Tuang sedikit dahulu, jika kering tambahkan sedikit demi sedikit.

Untuk Balutan Salad (Tortila Wrap)

  1. 1
    Panaskan roti tortila di atas non-stick pan dalam 2-3 minit setiap sebelah bahagian.
  2. 2
    Sudukan salad ke atas tortila dan susun memanjang. Letakkan ayam dan mayonis, kemudian balut atau guling dengan kemas. Sedia untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Rendam dulu semua sayuran dan salad di dalam air ais selama 15-20 minit sebelum dikeringkan air menggunakan tisu dapur atau salad spinner (salad spinner adalah yang terbaik). Ini adalah untuk mendapatkan salad yang segar dan rangup.
Video
Pengenalan

Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi atau makan malam. Jika anda tercari makanan yang simple dan mudah juga tidak terlalu 'berat' untuk dimakan,sila cuba resipi ni. Memang sedap dan tak susah pun untuk disediakan. Memang makanan kegemaran keluarga Che Nom ni :)

Diterbitkan pada 8 Mei 201523.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru