Thai Red Ruby

Dessert Thai Red Ruby yang dibuat dari sengkuang cina. Red ruby ni sangat cantik hasilnya, rangup dan rasa lembut jelly tu. Makan pula dengan hirisan isi Nangka yang manis dengan kuah santan dan lain-lain lagi lah.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk Thai Red Ruby:
    • 300g sengkuang atau sengkuang cina
    • Pewarna merah
    • 1 mangkuk tepung ubi
    • Air untuk merebus
  • Bahan-bahan untuk sirap santan:
    • 1 kotak / 200ml santan
    • 2 cawan air
    • 2 helai daun pandan
    • ¾ cawan gula
    • Sedikit garam
  • Bahan-bahan lain:
    • Buah Nangka
    • Nata de coco
    • Kiub ais

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk Thai Red Ruby:
    1. Gaul sengkuang yang dipotong dadu dengan pewarna merah.
    2. Tambah sedikit air lalu perapkan seketika.
    3. Gaul sekata sengkuang perap yang diperap tadi dengan tepung ubi.
    4. Panaskan air dan ayak lebihan tepung ubi sebelum direbus.
    5. Rebus sehingga merah pada sengkuang kelihatan hampir jernih dan sengkuang timbul naik di permukaan air, lalu angkat dan toskan.
    6. Rendam pula dalam air sejuk dan toskan.
    7. Kemudian, hidangkan red ruby (sengkuang) bersama sirap santan, kiub ais, nata de coco, isi kelapa dan hirisan nangka.
  2. Cara-cara untuk sirap santan:
    1. Panaskan air dan masukkan santan, simpulan pandan, gula serta sedikit garam.
    2. Kacau dengan kerap diatas api yang perlahan.

Tip:

  • Toskan sedikit sengkuang yang digaul pewarna sebelum gaul dengan tepung ubi. Tujuan untuk elak semgkuang melekat satu sama lain jika terdapat air yg bertakung
  • Santan perlu dimasak api perlahan dan kerap kacau untuk elak dari berketul.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.