ResepiCheNom
Pulut Mangga Thai Istimewa

Resepi Pulut Mangga Thai Istimewa

Prep 20 minMasak 30 minJumlah 50 minHidangan 6 bahagian

Pulut Mangga Thai istimewa ala Che Nom, pulut manis lembut digandingkan dengan kuah santan pekat lemak masin dan mangga manis. Tabur bijan sangai pun dah cukup sedap.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • Bahan-bahan untuk pulut manggaBahan-bahan untuk pulut mangga
  • 400 gram beras pulut, rendam semalaman400 gram beras pulut, rendam semalaman
  • 1 cawan santan pekat1 cawan santan pekat240g
  • 1 cawan santan cair1 cawan santan cair240g
  • 2-3 sudu besar gula2-3 sudu besar gula
  • sedikit garamsedikit garam
  • beberapa helai daun pandan, atau daun pisangbeberapa helai daun pandan, atau daun pisang
  • 2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan27g
  • 3 biji mangga3 biji mangga

Bahan Untuk Kuah Santan

  • 1 cawan santan pekat1 cawan santan pekat240g
  • 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air2g
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • garam secukup rasa (biar kuah agak masin)garam secukup rasa (biar kuah agak masin)

Cara Buat Pulut Mangga Thai

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Pulut

  1. 1
    Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
  2. 2
    Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
  3. 3
    Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
  4. 4
    Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
  5. 5
    Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.

Untuk Kuah Santan

  1. 1
    Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
  2. 2
    Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1 cawan santan pekat bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 240g (cawan US 240ml).
1 cawan santan cair bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 240g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resipi Pulut Mangga Thai yang dikongsikan kali ini sangatlah istimewa sebab Che Nom sangat terpesona dengan kesedapa pulut mangga Thai masa pergi bercuti ke Phuket tahun lepas. Masa mula-mula makan memang rasa sedap sangat.

Bila balik semula ke Malaysia, Che Nom cuba masak Pulut Mangga Thai yang mempunyai rasa yang hampir sama. Kombinasi utamanya ialah pulut yang manis dimakan bersama kuah santan pekat yang agak masin rasanya dipadankan pula dengan manis buah mangga memang, sedap sekali.

Di Thailand, pulut mangga dihidang dengan taburan sejenis kacang, tapi kalau tak ada, bijan yang dipanggang tanpa minyak pun boleh.

Diterbitkan pada 25 Julai 201841.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru