ResepiCheNom
Agar-Agar Santan Pandan

Resepi Agar-Agar Santan Pandan

Prep 15 minMasak 30 minJumlah 45 minHidangan 6 bahagian

Agar-agar santan pandan ni lemak berkrim dan wangi pandan, paling sedap bila makan sejuk. Sesuai sangat buat kenduri atau pencuci mulut klasik untuk tetamu.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 10-12 gram agar-agar (saya gunakan agar-agar bertali)10-12 gram agar-agar (saya gunakan agar-agar bertali)
  • 1 cawan santan pekat1 cawan santan pekat240g
  • 1 cawan santan cair1 cawan santan cair240g
  • 1 biji telur1 biji telur
  • 3 1/2 cawan air3 1/2 cawan air
  • 1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
  • 1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil garam3g
  • 2-3 helai daun pandan2-3 helai daun pandan
  • beberapa titik pewarna hijaubeberapa titik pewarna hijau
  • beberapa titik perasa pandan (pandan essence)beberapa titik perasa pandan (pandan essence)

Cara Buat Agar-Agar Santan Pandan

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja.
  2. 2
    Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, garam dan santan cair. Masak sehingga sebati.
  3. 3
    Pukul sedikit telur bersama santan. Saya tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.
  4. 4
    Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
  5. 5
    Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1 cawan santan pekat bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 240g (cawan US 240ml).
1 cawan santan cair bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 240g (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi agar-agar santan pandan yang sungguh sedap dan menyegarkan jika dimakan sejuk. Agar-agar ni memang biasa kita makan dan nak buatnya pun tak susah mana. kalau ada kenduri, ini adalah pencuci mulut yang klasik dan sesuai sangat untuk dihidangkan kepada tetamu.

Rasa lemak dari santan dan harum dari daun pandan memberikan kelainan pada juadah ini. Selalunya saya akan buat agar-agar santan dan letakkan dalam peti ais. Dapat makan sejuk-sejuk memang sedap.

Diterbitkan pada 16 Disember 201664K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru