
Tepung Pelita
Resepi kali ini ialah resepi Tepung Pelita, antara kuih Melayu yang paling famous di bazar Ramadan. Hi semua, dalam video ni Che Nom akan tunjukkan cara untuk membuat acuan tepung pelita menggunakan daun pisang.
Kalau tiada daun pisang, boleh guna bekas plastik saja. Kuih ni ada 2 lapisan, lapisan hijau atau lapisan pandan dan lapisan putih yang lemak bersantan. Sedap dan lembut sangat bila dimakan.
NOTA PENTING: masuk tepung dan kacau sekata dulu kemudian baru pasang api dan kacau di atas api perlahan

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 7-8 helai daun pandan
- 5 cawan air
- 1 cawan tepung beras
- 1 sudu kecil air kapur (bancuh cair)
- 1 cawan gula
- sedikit pewarna hijau
- ½ sudu kecil gula (kasar atau halus)
- 4 cawan santan
- 5 sudu besar tepung beras
- garam secukup rasa
- 1Lap bersih daun pisang yang telah dilayurkan seketika diatas api.
- 2Potong daun pisang dalam bentuk 4 inci lebar lalu tindan dua helai daun pisang kepada dua lapisan.
- 3Gunakan kotak kecil untuk dijadikan acuan. Letak kotak ditengah daun pisang lalu trim bahagian hujung pisang jika terlalu panjang dan lipat kedua-dua bahagian ke kotak dengan kemas.
- 4Tarik keluar kotak kecil lalu klipkan kedua-dua belah bahagian lipatan menggunakan stapler.
- 5Kemudian, trim atau gunting bahagian atas mengikut ketinggian yang sesuai.
- 1Kisar halus daun pandan bersama air. Letak air anggaran separuh sukatan dulu untuk mudah dikisar.
- 2Tapis kisaran daun pandan dan tuang kedalam periuk. Masukkan sedikit pewarna hijau (pilihan), air kapur, tepung beras dan gula pasir lalu masak bahan sehingga menjadi pekat dan halus.
- 3Masukkan gula pasir yang dikisar halus kedalam acuan lalu sudukan adunan pandan dalam anggaran setengah acuan.
- 1Masak santan bersama tambahan garam secukup rasa dan tepung beras,
- 2Kacau adunan dengan api perlahan dan masak sehingga pekat serta halus.
- 3Selepas adunan masak dan agak pekat, masukkan kedalam acuan iaitu diatas lapisan pandan.
- 4Sejukkan seketika kedalam peti sejuk dan kemudian tepung pelita siap untuk dihidang.
- •Jika tiada daun pisang sebagai acuan, boleh saja gantikan dengan acuan plastik.
- •Acuan dibentuk dengan menggunakan kotak mancis atau kotak kecil santan ataupun lain-lain kotak yang bersaiz kecil.
- •Jika tidak mempunyai banyak daun pisang, boleh saja bentukkan acuan dengan hanya sehelai daun pisang dan lapik bahagian bawah dengan sekeping kecil daun pisang.
- •Selain itu, jika gunakan acuan plastik, lapikkan juga dengan sehelai daun pisang tetapi tidak lapik pun tidak mengapa.
- •Pastikan jumlah air campuran pandan yang dikisar dan tapis sebanyak 5 cawan.
- •Jika tidak mahu kisarkan gula pasir, boleh saja masukkan terus gula pasir kedalam acuan.
- •Campurkan dengan air jika menggunakan santan kotak,
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Kuih Cara Manis
Kuih cara manis, kuih kegemaran Che Nom sejak dulu lagi. Kuih Cara ni ada 2 versi, satu manis dan satu lagi cara berlauk...
Diterbitkan pada 13 April 2021

Kuih Cara
Resepi kuih cara, antara kuih tradisional melayu yang paling digemari terutama di bulan ramadan. Jika menggunakan daun p...
Diterbitkan pada 9 Mei 2015

Donut Ball Gebu Guna Pelembut Roti Homemade
Jom kita men’donut’ pulak kali ni. Kalau cakap pasal donut, semestnya kita nak donut yang lembut kan? Ada berbagai cara ...
Diterbitkan pada 10 Ogos 2022

Pisang Goreng Rangup Berjam-Jam
Goreng pisang yang panas, rangup dan lemak manis, siapa yang tak suka kan? Dalam resepi ni Che Nom akan tunjuk salah sat...
Diterbitkan pada 5 Julai 2022

Kuih Nona Manis yang Lembut Sedap
Resepi Kuih Nona Manis yg lembut, harum dan menarik rupa bentuknya. Bahagian luar yg hijau rasanya manis, dan dilengkap...
Diterbitkan pada 15 November 2019

Seri muka versi niaga
Resepi kali ni sesuai sangat untuk dibuat berniaga atau tempahan iaitu kuih seri muka. Kalau anda ikut semua tips dalam resepi ni memang akan dapat permukaan kuih yang lincin sekata dan rasa pon sedap.
Diterbitkan pada 22 Ogos 2024
Resepi Terbaru

Mee Kari Ipoh Style
Resepi mee kari style Ipoh yang ringkas dan sedap.

Sup Ayam Beraroma Istimewa
Sup ayam ringkas dan beraroma dengan tumis darat.

Tempe Goreng Rangup
Tempe goreng nipis, rangup dan berempah.

Kacang Buncis Goreng Tempe
Kacang buncis rangup bersama tempe goreng, mudah dan sedap.

Ayam Panggang Style Che Nom
Ayam panggang berempah, lembut dan kulit rangup dengan sentuhan rempah Che Nom.

Set Ayam Gepuk dengan Sambal Gesek Istimewa
Set Ayam Gepuk lengkap dengan sambal gesek pedas berlemak.