ResepiCheNom
Telur Masak Kurma

Resepi Telur Masak Kurma

Prep 20 minMasak 20 minJumlah 40 min

Telur Masak Kurma ni ringkas tapi sedap, guna telur rebus yang dikelar sikit supaya kuah kurma meresap cantik.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 6 biji telur6 biji telur
  • 2 1/2 sudu besar rempah kurma, bancuh dengan sedikit air2 1/2 sudu besar rempah kurma, bancuh dengan sedikit air
  • 1 mangkuk santan pekat1 mangkuk santan pekat
  • 1 mangkuk santan cair1 mangkuk santan cair
  • 1 batang karot1 batang karot
  • 1-2 biji kentang1-2 biji kentang
  • 1 keping kecil asam gelugor1 keping kecil asam gelugor
  • 2 biji cili hijau atau merah2 biji cili hijau atau merah
  • 1 biji tomato, belah 41 biji tomato, belah 4
  • 1 biji bawang besar, potong 61 biji bawang besar, potong 6
  • 1 senduk minyak masak1 senduk minyak masak
  • daun ketumbar (optional)daun ketumbar (optional)
  • bawang goreng (optional)bawang goreng (optional)

Bahan Rempah Tumis

  • 1 batang kayu manis1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga4 biji buah pelaga

Bahan Tumbuk Kasar

  • 4 biji bawang merah4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia

Cara Buat Telur Masak Kurma

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Rebus telur sehinnga masak dan kupas kulitnya. Kelar sedikit di permukaan telur.
  2. 2
    Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan rempah tumis dan bahan-bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. 3
    Masukkan pes bancuhan rempah kurma dan masak sehingga sedikit garing dan pecah minyak. Boleh tambah sedikit air semasa dalam proses memasak rempah supaya tidak hangus.
  4. 4
    Masukkan pula santan cair, telur, kentang, karot dan asam gelugor. Masak sehingga sayuran menjadi empuk dan lembut.
  5. 5
    Setelah itu masukkan santan pekat, cili, bawang besar dan tomato. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat mengikut tahap selera anda. Jika terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
  6. 6
    Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan juga daun ketumbar supaya lebih sedap.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Petua untuk senang kupas kulit telur rebus ialah masukkan sedikit cuka semasa merebus telur, ATAU satu lagi cara yang mudah ialah rendam seketika telur yang baru sahaja di rebus ke dalam air sejuk. Kulit akan mudah dikupas.
  • Boleh juga gunakan santan kotak. Anggaran 1 kotak santan bersama 1 mangkuk air untuk resepi ini.
Pengenalan

Resepi Telur Masak Kurma, resepi masakan yang sangat ringkas tetapi tetap membuka selera. Resepinya tak banya beza dengan masakan kurma lain, cuma ia menggunakan telur ayam yang direbus dan dikelar sedikit supaya kuah meresap ke dalam telur dan nampak menarik.

Menu ini esuai dihidangkan bersama nasi putih atau boleh juga dihidangkan bersama nasi yang lain seperti nasi tomato, nasi minyak atau nasi kandar. Kalau di sebelah utara, memang Telur Masak Kurma ni menjadi kegemaran ramai. Che Nom juga suka hidangkan kepada anak-anak kerana kuahnya kurang pedas.

Diterbitkan pada 23 Disember 201656.2K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru