Resepi Telur Masak Balado Santan
Telur rebus digoreng garing lepas tu gaul dengan sambal balado bersantan yang pedas berlemak. Menu ringkas, cepat siap tapi memang padu sedap.

Bahan-bahan
Cara Buat Telur Masak Balado Santan
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Potong kasar cili merah, cili padi, bawang putih, bawang besar, tomato.
- 2Kisar kasar cili, bawang putih dan bawang besar.
- 3Kupas kulit telur rebus kemudian cucukan keliling telur dengan garfu supaya telur tak melompat dalam kuali bila kita goreng nanti.
- 4Masukkan minyak agak-agak tengelam telur dan panaskan minyak.
- 5Bila dah panas, boleh goreng sehingga telur keperangan dibahagian luar.
- 6Tumis bahan kisar halus dengan api perlahan.
- 7Kacau sampai bahan kisar lembut dan masak layu.
- 8Boleh masuk belacan (optional).
- 9Masukkan tomato kemudian kacau sampai tomato lembut.
- 10Seterusnya masukkan daun limau purut.
- 11Masukkan asam keping (nak ganti dgn asam jawa pon boleh).
- 12Masukkan sikit santan, gula, garam, boleh masuk serbuk perasa kalau suka.
- 13Masak sampai bahan mesra sekata.
- 14Bila sambal pecah minyak, masukkan telur.
- 15Tambah lagi sedikit santan.
Dah cuba resepi ni? Beri bintang
Tak perlu log masuk.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 350 kcal
- Protein
- 11 g
- Karbohidrat
- 13 g
- Lemak
- 29.5 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 4 g
- Natrium:
- 550 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan hidangan; 6 biji telur dikira 6 hidangan (1 telur setiap orang).
- 'Minyak secukupnya' untuk menumis sambal dianggar 4 sudu besar (55 g).
- 1 mangkuk santan pekat dianggar 250 ml; garam 'secukup rasa' dianggar 1 sudu kecil dan gula 1 sudu besar.
- Julat cili dan bawang diambil nilai pertengahan; belacan (pilihan) tidak dikira.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Biasanya Che Nom akan buang tulang daun limau purut sebab takut pahit.
Video
Pengenalan
Hi semua, hari ni Che Nom nak masak Telur Balado Santan, menu yg ringkas dan cepat nak sediakan…
Bahan utama iaitu telur, kita rebus, kupas kulit dan goreng sehingga garing sebelum dimasak dgn cili/sambal.
Resepi ni diinspirasikan dari negara jiran iaitu Indonesia, memang terbukti sedap sangat.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Capati Lembut dan Kuah Kari Ayam Masala

Resepi Kek Puding Karamel Pelangi

Resepi Ayam Golek Pasar Malam Guna Oven

Resepi Tauhu Crispy dan Sambal Kicap

Resepi Ayam Tandoori Air Fryer Style Mamak dan Sos Hijau









