
Shepherd's Pie
Resepi Shepherd's Pie atau nama lainnya Cottage Pie, menu classic British yang memang sangat sedap menggunakan 2 bahan utama iaitu daging dan kentang. Resepi ini diambil dari Chef Marco Pierre White, chef terkemuka British dan sangat dihormati. Untuk resepi asal Chef Marco menggunakan herba fresh Thyme, tetapi saya gantikan dengan dried bay leave. Ada yang mengatakan Shepher's pie mendapat nama dari Sheep kerana resepinya menggunakan lamb mince, tapi boleh aja kalau nak gunakan daging lembu atau ayam mengikut selera anda. Kentang pula lebih baik digunakan kentang USA, atau russet potatoes kerana teksturnya yang halus dan gebu untuk dibuat bahan asas iaitu mashed pototo. Sila ikut langkan demi langkah yang saya coretkan, anda pasti puas hati dengan hasilnya. Ok,cukuplah membebel dan jangan segan untuk mencuba ya :)

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 500g daging kisar (boleh juga digantikan dengan ayam atau kambing)
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 1 biji bawang besar kuning, cincang halus
- 2 ulas bawang putih, cincang halus
- 10g tepung gandum
- 1 sudu besar Worcestershire sauce
- 1 sudu besar tomato puree
- 1 ketul kiub daging Knorr
- 1 helai daun bay
- 1 batang celeri, potong kiub kecil
- 500 ml air
- 1 batang kentang, potong dadu besar dan rebus
- garam secukup rasa
- 1 kg kentang USA atau russet
- 1/2 cawan susu full cream Dutch Lady
- 40g butter
- 1Kupas kulit kentang dan potong kepada 2-3 bahagian. Rebus bersama satu sudu kecil garam di dalam air yang penuh menutupi kentang sehingga empuk dan kemudian toskan air.
- 2Masukkan kentang yang panas ke dalam mangkuk dan hancurkan sekata menggunakan potato masher. Masukkan pula susu dan butter dan kacau sekata.
- 1Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar kuning sehingga lembut keperangan, kemudian diikuti bawang putih dan celeri.
- 2Selepas itu masukkan pula daging kisar dan kacau sehingga air yang keluar dari daging kisar tadi kering kerana dengan cara itu rasa daging lebih sedap.
- 3Apabila daging kisar telah kering airnya masukkantepung dan kacau seketika. Masukkan pula sos Worcestershire dan tomato puree. Kacau seketika.
- 4Tuang air ke dalam daging da masukkan kiub daging dan daun bay. Teruskan memasak di atas api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat selama lebih kurang 1 jam (tapi Che Nom masak 1/2 jam sahaja kerana tak cukup masa). Angkat keluar daun bay.
- 5Tuang daging ke dalam mangkuk pie seramik atau kaca (Che Nom gunakan seramik pie dish berdiameter 26 cm. Ratakan daging dan taburkan sekata karot yang telah direbus di atas permukaan inti daging.
- 6Sendukkan kentang putar dan letakkan di beberapa bahagian atas pie dengan sekata dan ratakan menggunakan spatula. Tekan supaya kemas dan corak bahagian atas kentang menggunakan garfu dengan cara melorek atau doleh gunakan spatula untuk tekan menjadi seperti sisik ikan.
- 7Bakar pada suhu 220°C selama lebih kurang 20 minit atau sehingga bahagian atas keperangan.
- 8Sejukkan Shephard's pie dan potong untuk menghidang.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Victoria Sandwich Cake
Resepi Victoria Sandwich Cake, kek klasik dari British yang menggunakan resepi dari juri rancangan The Great British Bak...
Diterbitkan pada 25 Januari 2018

Mee Goreng Daging Ala Mamak
Untuk kali ini, Che Nom nak kongsikan cara untuk masak Mee Goreng Daging ala Mamak versi sempoi atau express. Kenapa s...
Diterbitkan pada 18 Disember 2021

Mee Goreng Daging Basah
Menu daging kali ini iaitu mee goreng daging versi basah. Cara dalam resepi ini, Che Nom rebus dulu daging sampai lembut...
Diterbitkan pada 25 Julai 2022

Bihun Sup Utara
Resepi Bihun Sup Utara, resepi menggunakan rempah sup yang asli dan tulang yang segar. Juadah yang sesuai dihidangkan pa...
Diterbitkan pada 15 Februari 2014

Cucur Kentang Rangup
Resepi ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba kelainan dari cucur jagung atau pisang. Kentang yang dipotong menghasilkan cucur yang rangup dan manis. Resepi ini juga sesuai untuk anak-anak yang susah makan sayur, mudah disediakan, murah dan boleh dinikmati ramai-ramai.
Diterbitkan pada 25 Januari 2024

Karipap Kentang Ayam
Jom tengok Che Nom buat karipap rangup kali ni, bersama dengan inti kentang ayam. Selalu letak daging, kita buat letak a...
Diterbitkan pada 14 November 2022
Resepi Terbaru

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.