
Makaroni Bakar Cheese Leleh
Kali ni Che Nom nak share resepi macaroni bakar cheese leleh yang sesuai sangat untuk buat jualan, sama ada yang dah masak atau pun dijual dalam bentuk frozen food. Resepi ni tak sama macam resepi mac and cheese yang ber sos putih tutapi seakan-akan sama dengan resepi lasagna sebenarnya. Che Nom buat ikut citarasa sendiri, sebab apa? Sebab kita yang buat dia kan. Kalau lasagna kita lapis berselang seli dan kalau macaroni versi bakar ni senang aja.
Mula-mula perlu sediakan gravy atau sos ala Bolognese dengan daging atau ayam mengikut selera, kemudian gaul aja semua gravy tu bersama macaroni rebus, dan atas sekali baru lah dituang dengan sos putih ataupun bechamel sauce sebelum ditabur dengan serbuk cheese parmesan, parutan mozzarella, serbuk herba parseli dan juga sedikit hiasan capsicum. Rasa pun memang sangat premium. Kalau mak-mak yang busy elok simpan sebagai frozen. Bila nak makan keluarkan untuk defrost dan bakar aja. Kalau makan panas-panas ni memang terbaik.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 3-4 sudu besar minyak zaitun
- 1/2 biji bawang holland
- 3 ulas bawang putih
- 250g daging kisar
- 1 keping daging burger (pilihan)
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1/2-1 batang lobak merah
- 1 biji tomato
- 1 biji capsicum
- 1/4 cawan puri tomato
- 1 tin sos pasta tomato
- Sedikit air rebusan pasta
- 1/2 sudu kecil herba itali
- 1/2 ketul kiub ayam (pilihan)
- 1-2 sudu kecil serbuk kasar cili
- 5-7 cendawan
- Garam secukup rasa
- 1/4 cawan susu penuh krim
- 3 sudu besar mentega
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 1/2 cawan susu penuh krim
- 1 sudu besar serbuk keju parmesan
- 2 keping keju cheddar
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 3 cawan makaroni kering
- 2 sudu kecil garam
- 2 liter air
- Sedikit minyak zaitun (untuk salutan)
- Parutan keju mozarella
- Hirisan capsicum
- Serbuk parseli kering
- 1Rebus makaroni dengan air dan garam sehingga lembut.
- 2Tapis dan gaul dengan minyak zaitun (supaya makaroni tak melekat).
- 3Cara-cara untuk sos putih
- 4Cairkan butter dan masuk tepung gandum.
- 5Kacau sebati dan masuk susu full cream.
- 6Masuk serbuk keju parmesan, keju cheddar, serbuk lada hitam dan garam (jika perlu)
- 7Tambah susu jika terlalu pekat kemudian tutup api.
- 1Potong dadu bawang holland, lobak merah, capsicum dan tomato.
- 2Hiris sederhana nipis cendawan dan capsicum (untuk hiasan).
- 3Cincang halus bawang putih dan daging burger.
- 4Panaskan minyak kemudian tumis bawang holland dan bawang putih (masukkan bila bawang holland layu atau lambat sikit sebab bawang putih cepat hangit).
- 5Masuk daging cincang, daging burger dan serbuk black pepper.
- 6Bila air daging hampir kering, masukkan carrot, tomato dan capsicum kemudian kacau dan tutup 5 minit.
- 7Masukkan puri tomato, sos pasta tomato dan air rebusan pasta.
- 8Masukkan Italian herbs, kiub ayam (pilihan), chili flakes dan cendawan.
- 9Masukkan susu full cream dan terus tutup api.
- 10Masukkan makaroni rebus dan gaul sekata.
- 11Sendukkan makaroni dalam 6 bekas (tray aluminium 3 inci x 7 inci).
- 12Tabur serbuk keju parmesan, tuang sos putih, tabur parutan keju mozzarella, serbuk keju parmesan, serbuk parseli kering dan hirisan capsicum
- 13Boleh tutup kemas untuk simpan frozen
- 14Kalau nak makan boleh bakar dalam over 200 C anggaran 15 minit atau sehingga permukaan perang.
- •Untuk lebih manis boleh guna cherry tomato dalam 8-10 biji.
- •Untuk yang vegetarian boleh lebihkan cendawan, campur pelbagai jenis cendawan atau tambah sayur zucchini/courgette.
- •Jangan buang air rebusan pasta, tambah dalam kuah bolognese untuk adjust kepekatan kuah.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi brownies kedut yang padat, lembap, dan fudgy dengan permukaan berkilat yang cantik, dihasilkan tanpa menggunakan pengadun.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

New York Cheesecake
Cheesecake yang creamy dan lembut ni memang best untuk minum petang! Walaupun terkenal sebagai dessert yang mahal, resepi ni senang je nak buat dekat rumah kalau dah tahu teknik yang betul. Perfect untuk special occasion atau just nak enjoy dengan secawan kopi.
Diterbitkan pada 11 Januari 2025

Lapis Cheese Cracker
Resipi Lapis Cheese Cracker, yang sungguh mudah tetapi menghasilkan dessert sangat sedap. Che Nom memang pada mulanya ag...
Diterbitkan pada 20 November 2015
Kek Batik Indulgence Tanpa Telur Tanpa Oven
Kek Batik Indulgence, yang mempunyai 3 lapisan iaitu lapisan kek batik, lapisan cheese dan coklat ganache. Dessert yang ...
Diterbitkan pada 26 April 2020
Karipap Pusing Gebu dan Rangup
Karipap Pusing yang sangat glamerpada setiap kali tibanya Ramadan. Che Nom dapat resepi ni dari sahabatInstagram iaitu M...
Diterbitkan pada 18 Ogos 2020

Makaroni Goreng
Resepi Makaroni Goreng, versi kurang pedas dan sesuai disediakan untuk kanak-kanak dan boleh dijadikan menu utama di maj...
Diterbitkan pada 19 Oktober 2016
Resepi Terbaru

Bubur Chacha
Dessert klasik lemak manis penuh dengan tekstur cha cha kenyal, keledek lembut, jagung rangup, dan sagu jernih yang memikat selera.

Kari Kepala Ikan Jenahak
Resepi kari kepala ikan jenahak pekat dan padu, dengan tips tumis pecah minyak untuk aroma wangi semerbak macam di kedai mamak!

Ikan Siakap Masak Asam
Kuah pedas masam yang wangi dan seimbang, disajikan bersama ikan siakap goreng garing yang pasti membuka selera.

Mee Kari Putih Penang
Mee kari dengan kuah putih yang ringan dan jernih, dihidang bersama sambal tumis udang kering yang padu dan lazat.

Bihun Goreng Sarapan Pagi
Resepi bihun goreng yang mudah dan sedap, lengkap dengan tips supaya bihun lembut dan tidak hancur, sesuai untuk sarapan sekeluarga.

Ikan Kembung Bakar Air Asam Kerisik
Ikan kembung bakar wangi dicicah dengan air asam kerisik pedas masam yang padu, confirm bertambah nasi!
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...