Resepi Durian Cheesecake
Durian cheesecake versi non-bake yang berlemak creamy dan kaya dengan isi durian. Sekali makan rasa macam ice cream. Rasa dia tak terlalu manis dan tak muak bila makan. Lapisan biskut pon rangup-rangup haa cukup lah untuk pelengkap rasa.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1/3 ketul / 75g Anchor mentega unsalted atau salted
- 140g biskut
- 500g Anchor Cream Cheese
- 1 cwn / 260g isi durian
- 150g gula kastor
- 2 sb susu pekat
- 150ml Anchor Whipping Cream
Cara Buat Durian Cheesecake
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 12 biji
- Kalori
- 375 kcal
- Protein
- 4 g
- Karbohidrat
- 30 g
- Lemak
- 27 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 22 g
- Natrium:
- 200 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Isi durian 1 cawan dikira 260 g (~145 kcal/100 g).
- Biskut 140 g dikira biskut Marie/digestive; mentega 75 g.
- Sukatan gram dalam resepi digunakan terus; 12 potong.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1/3 ketul / 75g Anchor mentega unsalted atau salted bersamaan berapa cawan?
- ± ⅓ cawan (cawan US 240ml).
- 500g Anchor Cream Cheese bersamaan berapa cawan?
- ± 2 cawan + 2 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Kalau boleh masa asingkan isi durian jangan guna direct sentuhan dengan tangan sebab kek ni versi no bake, takut mudah basi pulak. Pakai sudu garfu atau plastic glove untuk asingkan isi.
- Whipping cream kena betul-betul sejuk sebelum pukul baru mudah nak kental.
- Kalau nak kek lebih stabil dan nak hidang lama dekat luar, boleh tambah serbuk gelatin yang dilarutkan dengan air panas.
Video
Pengenalan
Untuk peminat cheese dan hantu durian, jom kita kawinkan kedua dua bahan ni jadikan 1 dessert yang premium dan mantap hasilnya kalah restoran 5 bintang. Che Nom akan share resepi durian cheesecake versi non-bake yang berlemak creamy dan kaya dengan isi durian. Sekali makan rasa macam ice cream pon ada. Dan nak buatnya tak susah.
Kita mulakan dengan penyediaan lapisan base daripada biskut dan butter. Kemudian adun pulak semua bahan untuk lapisa cheese menggunakan cream cheese dari Anchor dan isi durian fresh. Tambah jugak whipping cream untuk rasa macam ice cream dan sejukkan dalam chiller semalaman untuk setkan adunan dan juga untuk biar semua rasa sebati.
Rasa cheesecake durian ni tak terlalu manis dan tak muak bila makan. Lapisan biskut pon rangup-rangup haa cukup lah untuk pelengkap rasa. Kalau nak hidangkan kepada tetamu kita boleh sediakan awal-awal. Kalau kita simpan dalam freezer tu lama tahannya, nak makan tukar masuk chiller sampai lembut dan hidang.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









