Resepi Sayur Bayam Tumis Air
Sayur Bayam Tumis Air ringkas tapi penuh khasiat, dimasak dengan udang segar untuk rasa manis semula jadi. Sedap dimakan dengan ikan atau ayam goreng, memang membuka selera.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 ikat bayam, potong kecil dan asingkan batang yang lembut
- 3 biji bawang merah, hiris nipis
- 3 ulas bawang putih, hiris nipis
- 1 sudu besar sos tiram
- 6-7 ekor udang, buang kulit
- cili merah
- garam secukup rasa
- 1-2 sudu besar minyak masak
Cara Buat Sayur Bayam Tumis Air
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan minyak dan tumis bawang merah bersama bawang putih sehingga kekuningan.
- 2Masukkan udang dan kacau seketika sehingga separuh masak.
- 3Masukkan bahagian batang bayam dan masak sehingga lembut.
- 4Masukkan pula bahagian daun bayam serta diikuti air secukupnya.
- 5Kemudian masukkan sos tiram, cili merah dan garam secukup rasa. Rebus hingga mendidih dan tutup api.
Dah cuba resepi ni? Beri bintang
Tak perlu log masuk.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 3 orang
- Kalori
- 135 kcal
- Protein
- 10.5 g
- Karbohidrat
- 6.5 g
- Lemak
- 7.5 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 0.5 g
- Natrium:
- 930 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan hidangan; lauk sayur untuk 4 orang dianggarkan.
- 1 ikat bayam dianggar 250 g dan 7 ekor udang dianggar 100 g isi.
- Minyak dikira 1.5 sudu besar (pertengahan 1-2 sudu besar).
- Garam secukup rasa dianggar 1 sudu kecil; sos tiram menyumbang bakinya.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Jangan masak terlalu lama kerana sayur akan melecur dan kurang khasiatnya.
Pengenalan
Resepi Sayur Bayam Tumis Air yang cukup mudah dan juga sangat berkhasiat.
Untuk resepi ini Che Nom gunakan udang segar, tapi boleh juga digantikan dengan ikan bilis atau udang kering.
Sayur yang dimasak sebegini sememangnya membuka selera dan cukup sedap walaupun cuma dimakan bersama lauk seperti ikan mahupun ayam goreng sahaja.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Capati Lembut dan Kuah Kari Ayam Masala

Resepi Kek Puding Karamel Pelangi

Resepi Ayam Golek Pasar Malam Guna Oven

Resepi Tauhu Crispy dan Sambal Kicap

Resepi Ayam Tandoori Air Fryer Style Mamak dan Sos Hijau









