Sandwich Tuna Pedas

Resepi Tuna Sandwich versi pedas yang enak disediakan untuk sarapan pagi, minum petang, bekalan ketika berkelah atau juga untuk bekalan anak-anak ke sekolah. Kalau dah biasa makan sandwich yang light dan tak pedas boleh cuba pula versi sandwich tuna yang pedas yang simple dan sangat sedap ni.

Che Nom biasa gunakan roti wholemeal untuk sandwich kerana tekstur nya yang lebih keras dan tidak penyek semasa proses 'trim" kulit roti dan juga semasa potong sandwich.

Untuk sapuan ke atas roti anda boleh gunakan majerin atau butter kerana selain menyedapkan rasa sandwich, sapuan tersebut adalah bersifat minyak yang boleh menghalang serapan lembapan serta mengelakkan roti dari menjadi lembik dan kembang

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus roti sandwich wholemeal
  • majerin secukupnya
  • 1 tin tuna in olive oil
  • 1/2 biji bawang besar
  • 4-5 biji cili padi merah
  • 4 sudu besar mayonis
  • secubit serbuk lada hitam
  • sedikit perahan lemon atau limau nipis
  • hirisan timun
  • hirisan tomato
  • daun salad

Cara Penyediaan:

  1. Potong bahagian tepi kulit roti dengan kemas. Sapu sekata permukaan roti dengan majerin.
  2. Hiris nipis bawang besar dan cili padi kepada kepingan kecil.
  3. Masukkan tuna di dalam mangkuk bersama dengan bawang besar, cili padi, mayonis, serbuk lada hitam dan jus perahan lemon. Che Nom buang sedikit minyak olive. Perasakan dengan garam mengikut citarasa anda (jika suka).
  4. Gunakan garfu untuk kacau campuran tuna dan tekan-tekan garfu supaya ketulan tuna menjadi kecil dan sebati.
  5. Sudukan tuna dan sapu rata di atas roti. Letak bahan sayur seperti timun, tomato dan daun salad kemudian potong sandwich kepada 2 atau 4 bahagian.

Tip:

  • Adunan campuran inti tuna haruslah tidak terlalu basah supaya inti tidak meleleh dan mengelakkan roti menjadi kembang nanti.
  • Selepas sandwich siap, tutup di dalam bekas kedap udara supaya roti sandwich tidak menjadi kering dan keras.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.