Resepi Roti Sosej Cheese Gulung
Roti sosej cheese gulung ni memang ngam untuk sarapan atau minum petang, mudah dan anak-anak pun suka. Makan panas-panas, cheese cair meleleh-boleh juga buat frozen siap-siap.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 bungkus roti keping
- 1 pek sosej
- 1 mangkuk bread crumbs
- 1 paket kepingan cheese
- 2 biji telur
- sedikit garam
Cara Buat Roti Sosej Cheese Gulung
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan air dan rebus sosej anggaran 3 minit. Angkat dan toskan.
- 2Kacau telur dan masukkan sedikit garam.
- 3Ambil sekeping roti dan leperkan roti dengan menggunakan roll kayu.
- 4Letak kepingan cheese di atas roti diikuti dengan sosej. Gulung dengan kemas dan celup ke dalam telur.
- 5Selepas itu golek-golekkan roti ke dalam serbuk bread crumb sehingga semua bahagian disalut sekata.
- 6Goreng roti di dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan sejukkan.
Dah cuba resepi ni? Beri bintang
Tak perlu log masuk.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 12 biji
- Kalori
- 345 kcal
- Protein
- 12 g
- Karbohidrat
- 26 g
- Lemak
- 21.5 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 1.5 g
- Natrium:
- 770 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; 1 bungkus roti keping dianggar 16 keping, jadi 16 gulung.
- 1 pek sosej dianggar 340 g dan 1 paket cheese dianggar 200 g (10 keping).
- Minyak menggoreng tidak disenaraikan; serapan dianggar 10%.
- Roti, sosej dan cheese adalah punca natrium yang tinggi.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Che Nom gunakan berus pastry untuk sapu telur di bahagian hujung gulungan sepaya roti melekat sekata dan bertindak seperti gam. Ini untuk pastikan roti tidak mudah terbuka semasa goreng di dalam minyak nanti. Boleh juga kalau nak sapu bahagian hujung roti tu dengan sudu (kalau tak ada berus pastry)
Video
Pengenalan
Roti Sosej Cheese Gulung sesuai disediakan buat sarapan pagi ataupun minum petang. Bukan sahaja mudah untuk disediakan tetapi juga cukup menarik jika disajikan untuk kanak-kanak. Boleh jadi menu yang menarik untuk majlis hari jadi dan potluck.
Sangat sedap dimakan ketika masih panas kerana cheese nya masih cair dan meleleh di dalam.Pastikan roti digulung dengan ketat dan salut telur dengan sekata supaya roti tidak mudah terbuka bila masa menggoreng nanti.
Bahan-bahan di bawah cuma anggaran sahaja. Boleh sesuaikan mengikut jumlah hidangan yang anda mahukan. Kalau nak buat frozen pun boleh, pastikan roti dibalut dengan kemas sebelum simpan di dalam freezer.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Capati Lembut dan Kuah Kari Ayam Masala

Resepi Kek Puding Karamel Pelangi

Resepi Ayam Golek Pasar Malam Guna Oven

Resepi Tauhu Crispy dan Sambal Kicap

Resepi Ayam Tandoori Air Fryer Style Mamak dan Sos Hijau









