Roti Benggali Yang Lembut
Hi Semua, kali ni Che Nom nak buat roti, resepi asal roti Benggali ni di rujuk dari sahabat baik Che Nom iaitu Kak Ta, menggunakan shortening sbg bahan asal untuk hasil roti benggali yang lebih putih (shortening adalah sejenins lemak yg digunakan dalam bakery berwarna putih), tapi sebab takde Che Nom ganti majerin je. Selamat Mencuba.
Dikongsi oleh
Che Nom
Diterbitkan pada 9 Mei 202016.5K paparan
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
- 1/2 cawan / 125ml air suam
- 1 1/2 sudu kecil serbuk yis segera
- 1 sudu besar gula kastor
- 2 3/4 cawan / 350g tepung gandum atau tepung roti
- 1 sudu besar gula kastor
- 1/4 sudu kecil garam halus
- 1 sudu besar shortening (Che Nom ganti majerin sebab takde)
- Air suam dalam 30ml , tambah sedikit demi sedikit smpai jadi doh jika perlu
Cara Memasak
- 1Bancuh yi, tuang air suam kemudian masukkan serbuk yis segera.
- 2Tambah gula, kacau larut dan tunggu sehinga 2 atau 3 minit.
- 3Masukkan tepung gandum/tepung roti dalam mangkuk adunan.
- 4Masukkan baki gula dan garam.
- 5Kacau rata adunan agar garam bergaul rata dengan tepung.
- 6Masukkan bancuhan yis tadi.
- 7Tambah baki air sedikit demi sedikit hingga doh lembut.
- 8Angkat dan uli rata atas permukaan yang rata.
- 9Kalau melekat, teruskan uli dalam 5-10 minit.
- 10Kalau perlu tambah tepung sikit, jangan banyak sangat nanti keras pulak.
- 11Tambah magerin Planta dan uli sekata.
- 12Buat bulat dan masukkan dalam mangkuk yang disapu magerin sikit.
- 13Tutup dengan plastik clingwrap atau tuala dapur.
- 14Biarkan doh naik dua kali ganda.
- 15Bila doh dah naik, keluarkan dari bekas dan uli sikit lagi biar udara keluar.
- 16Sapu loyang dengan majerin.
- 17Bahagi dua doh, kalau tak nak bahagi, masukan doh dalam loyang yang besar.
- 18Rehat doh sampai doh naik 2 kali ganda sebelum bakar.
- 19Bakar suhu 200 degree Celsius selama 35 minit atau keperangan, setting api ATAS BAWAH. .
- 20Kemudian angkat keluar.
- 21Sapu permukaan roti panas dengan majerin.
- 22Keluarkan roti masa masih suam.
- 23Potong dengan pisau berjeriji tajam.
Petua & Panduan
- •Kalau yis tu berbuih maknanya yis tu aktif, kalau tak ada buih maksudnya yis tu dah rosak.
- •Kacau rata adunan agar garam bergaul rata dengan tepung, kita tak nak yis mati bila terkena direct contect dgn garam.
- •Keluarkan roti masa masih suam, sebab takut bahagian bawah meruap dan jadi lembik.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025

Tip & Teknik Memasak
Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
30 Disember 2025

Tip & Teknik Memasak
Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
30 Disember 2025

Tip & Teknik Memasak
Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
30 Disember 2025

Budaya Makanan & Kembara
Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
30 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Baru
Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Baru
Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
16 Disember 2025

Ayam Sambal Berlada
16 Disember 2025

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
16 Disember 2025





