
Sambal Tumis Udang
Kali ni Che Nom nak masak sambal tumis udang sebab masa pergi pasar, udang besar-besar fresh pulak tu. Terus teringin nak makan sambal tumis. Kepada sesiapa yang baru nak belajar masak sambal tumis udang kegemaran Che Nom, boleh ikut cara ni.
Udang kita goreng dulu separuh masak, dan kemudian kita tumis sambal guna minyak gorengan udang. Memang terangkat rasa sambal tumis udang bila dimasak macam ni. Che Nom masak kuah jenis yang pekat bersalut kali ni. Boleh lah cuba ye.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- Sedikit garam
- 1/2 kilo udang
- 1/2 cwn minyak masak
- 3 biji bawang merah besar
- 5 ulas bawang putih
- 4-5 biji bawang merah kecil
- 1/2 inci halia
- 10-15 tangkai cili kering
- Sedikit air
- 2 sb sos tiram
- 3 sb sos cili
- Sedikit air asam jawa
- 1 sb gula merah @ gula perang
- Garam secukup rasa
- 1Hiris nipis 1 biji bawang besar untuk tumisan.
- 21 biji lagi bawang besar, potong membulat tebal-tebal, untuk taburan akhir.
- 3Potong kasar bawang besar, bawang putih, bawang merah kecil, dan halia.
- 4Cili kering, gunting halus kemudian rebus sampai mendidih dan lembut.
- 5Masukkan cili kering, bahan potong kasar tadi, air sikit dan kisar halus.
- 6Air asam jawa tuang air panas, biar lembut, nanti kita ramas sampai jadi pekat.
- 1Trim bahagian kepala dan bersihkan tali hitam belakang udang.
- 2Bila dah siap, boleh basuh bersih dan tabur garam sikit.
- 3Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang separuh masak(lebihkan sikit minyak sebab kita akan guna minyak yang sama untuk masak sambal).
- 4Bila sebelah dah bertukar jadi merah, cepat-cepat alih.
- 5Angkat semua udang dan ketepikan dulu.
- 1Minyak goreng udang tadi kita guna balik untuk masak sambal.
- 2Tumis bawang besar sampai layu.
- 3Bila dah cukup layu, tuang masuk semua bahan kisar dan tumis sampai masak garing.
- 4Masukkan air kocak blender, dan terus masak sampai sambal kering, bertukar warna gelap sikit, dan pecah minyak.
- 5Bila dah mula pecah minyak, masukkan, sos tiram, sos cili, air asam jawa, gula merah (atau gula perang). Kalau tak suka manis, letak sikit je cukup.
- 6Sambung masak sampai kering.
- 7Che Nom tambah air 3 kali masa proses renehkan sambal ni, biar masak elok.
- 8Sambal dah pecah minyak, boleh masukkan udang.
- 9Kacau sekejap udang agak-agak masak.
- 10Last sekali, tabur dengan hirisan bawang besar dan masak sampai bawang layu.
- 11Okey dah siap. Boleh la hidang.
- •Kalau buat sambal tumis, Che Nom belajar kena tumis dgn bawang besar baru sedap.
- •Sebelum masak cili kering, kita kena tahu tahap kepedasan cili kering yang digunakan, ada yang jenis pedas tak boleh bawak bincang, hati-hati!
- •Kalau nak ada kulit, biar je kulit masa belah. Sbb ada org x suka kulit udiang masa masak kan, susah nk makan kataya.
- •Minyak kena lebih sebab kita nak tumis sambal. Kalau sikit nanti kurang cantik kejadiannya.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resepi Berkaitan

Sambal Tumis Telur Rebus Pekat Dan Likat
Resepi kali ni ialah sambal telur rebus goreng. Che Nom akan fokus kepada sesiapa yang baru nak mula belajar masak samba...
Diterbitkan pada 8 Julai 2022

Kari telur
Kari telur menu simple tapi memang terangkat kalau makan dengan nasi panas. Sesuai sangat sebagai menu hujung bulan.
Diterbitkan pada 23 September 2024

Sizzling Tauhu Telur Pedas
Kali ni jom masak menu ala Chinese style iaitu Sizziling Tauhu Telur, tapi tak berapa nak ori dah sebabnya Che Nom masak...
Diterbitkan pada 19 Januari 2024

Sambal Sardin Telur Pecah
Kali ni Che Nom nak share menu ringkas, tapi laku keras sangat kalau time sahur ataupun pada waktu-waktu yang dah tak ad...
Diterbitkan pada 8 Julai 2022
Telur Masak Balado Santan
Hi semua, hari ni Che Nom nak masak Telur Balado Santan, menu yg ringkas dan cepat nak sediakan…Bahan utama iaitu telur,...
Diterbitkan pada 26 April 2020

Telur Masak Kurma
Resepi Telur Masak Kurma, resepi masakan yang sangat ringkas tetapi tetap membuka selera. Resepinya tak banya beza denga...
Diterbitkan pada 23 Disember 2016
Resepi Terbaru

Ayam Panggang Style Che Nom
Ayam panggang berempah, lembut dan kulit rangup dengan sentuhan rempah Che Nom.

Set Ayam Gepuk dengan Sambal Gesek Istimewa
Set Ayam Gepuk lengkap dengan sambal gesek pedas berlemak.

Biskut Cornflakes Madu
Biskut raya ringkas dengan kombinasi cornflakes rangup dan madu. Sungguh sedap dan mudah disediakan!

Buah Melaka Cair di Mulut, Manis di Hati!
Buah melaka lemak manis, gebu di luar dan cair di dalam!

Resepi Kuih Lopes Buat Berbuka
Kuih Lopes pulut kukus dengan kelapa parut dan sirap gula Melaka, memang ngam untuk berbuka puasa!

Sandwich Telur Versi Scrambled Egg
Sandwich telur dengan scrambled egg yang lembut dan berkrim, sesuai dihidang bila-bila masa.