Resepi Sambal Sardin Telur Pecah
Menu ringkas tapi padu untuk sahur atau bila buntu nak masak: sambal sardin telur pecah yang pedas berlemak.

Bahan-bahan
Cara Buat Sambal Sardin Telur Pecah
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Sambal Sardin Telur Pecah
- 1Goreng cili padi sehingga agak layu. Angkat dan toskan minyak.
- 2Sediakan bahan kisar halus. Kisar halus kesemua bahan dengan sedikit air.
- 3Asingkan isi sardin dan kuahnya.
- 4Gaul kentang dengan garam secukup rasa.
- 5Panaskan sedikit minyak, lalu goreng potongan kentang sehingga masak serta keperangan. Angkat dan toskan minyak.
- 6Goreng isi sardin sehingga agak garing. Angkat dan toskan minyak.
- 7Tumiskan bahan kisar halus sehingga masak dan pecah minyak.
- 8Tambah sos tomato, sos tiram, air asam jawa, garam, gula, ikan sardin goreng dan hirisan bawang holland.
- 9Masukkan kuah sardin dan masak sehingga pecah minyak.
- 10Masukkan telur, lalu biarkan sehingga telur masak mengikut cita rasa sendiri.
- 11Sesudah agak masak, taburkan dengan kentang goreng dan cili padi goreng.
- 12Kemudian, Sambal Sardin Telur Pecah sudah siap untuk dihidang.
Dah cuba resepi ni? Beri bintang
Tak perlu log masuk.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 3 orang
- Kalori
- 555 kcal
- Protein
- 34.5 g
- Karbohidrat
- 29.5 g
- Lemak
- 32 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 6 g
- Natrium:
- 1650 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; 1 tin besar sardin dan 3 biji telur dianggarkan cukup untuk 4 orang.
- 1 tin besar sardin dikira 425 g bersama sos tomatonya.
- Minyak masak 'sedikit' dianggar 3 sudu besar.
- Garam secukup rasa dianggar 1 sudu kecil.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Jika tiada cili kering, boleh digantikan dengan cili kisar.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak share menu ringkas, tapi laku keras sangat kalau time sahur ataupun pada waktu-waktu yang dah tak ada idea nak masak apa. Menunya ialah, sambal sardin telur pecah. Walaupun nampak simple saja menu ni, tapi sangat membuka selera. Bahan-bahan pun mudah saja.
Cara kita masak tu yang buat bagi lauk ni jadi special. Che Nom goreng dulu ikan sardin sebelum gaul dengan sambal, dan kuahnya kita tambah lagi tahap kepedasan bila letak cili kering. Taburan kentang dan cili padi goreng tu yang buat bagi extra special. Makan dengan nasi panas je dah cukup.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Popia Carbonara Keju Meleleh

Resepi Capati Lembut dan Kuah Kari Ayam Masala

Resepi Kek Puding Karamel Pelangi

Resepi Ayam Golek Pasar Malam Guna Oven

Resepi Tauhu Crispy dan Sambal Kicap









