
Resepi Sambal Tumis Telur Rebus Pekat Dan Likat
Sambal tumis telur rebus goreng yang pekat, likat dan berkilat, sesuai untuk yang baru belajar masak sambal.
Bahan-bahan
Cara Buat Sambal Tumis Telur Rebus
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Sambal Tumis Telur Rebus
- 1Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih dan bawang besar.
- 2Gunting kasar cili kering dan rebus selama 5 minit (boleh ganti 2-3 senduk cili kisar).
- 3Masukkan bawang, cili kering dan air secukupnya dalam blender dan kisar halus.
- 4Hiris nipis bawang besar (untuk tumis) dan hiris membulat (untuk hiasan).
- 5Rebus telur selama 10 minit. Bila dah masak angkat dan kupas kulit
- 6Panaskan minyak dan goreng telur rebus sampai garing. Angkat dan ketepikan.
- 7Tumis bawang besar sampai lembut. Kemudian masukkan bahan kisar halus, sedikit air, sos tiram, air asam jawa, sos cili dan gula melaka.
- 8Kacau sampai pecah minyak.
- 9Masukkan garam, air untuk lebih berkuah, serbuk perasa (pilihan) dan telur rebus.
- 10Akhir sekali tabur hirisan bawang merah dan biarkan sampai bawang lembut.
- 11Hidangkan sambal tumis telur bersama nasi putih.
Nilai Nutrisi (Anggaran)
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 7 hidangan
- Kalori
- 365 kcal
- Protein
- 7 g
- Karbohidrat
- 12.5 g
- Lemak
- 31.5 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 4 g
- Natrium:
- 890 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; dikira 7 hidangan iaitu satu telur setiap orang.
- 1 mangkuk minyak masak dianggar 250 ml dan dikira 80% kekal dalam sambal yang pekat.
- Garam secukup rasa dianggar 1 sudu kecil; serbuk seasoning 1/2 sudu besar dikira penuh.
- Sos tiram dan sos cili menyumbang sebahagian natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Resepi kali ni ialah sambal telur rebus goreng. Che Nom akan fokus kepada sesiapa yang baru nak mula belajar masak sambal.
Bermula dari bahan kisar, cara proses cili kering, tips rebus telur (juga untuk kupas dgn mudah), tips goreng telur supaya tak meletup dan cara masak sambal yang pekat texture, berkilat dan tahan lama kalau kita masak dengan cara yang betul.
Sesuai sangat untuk menu rumah bujang sebab bahan tak banyak. Kalau Che Nom, makan dengan nasi putih panas saja dah cukup.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer

Resepi Ayam Penyet Sambal Ijo (Cara Gerai Indonesia)

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Gaya Restoran Thai

Resepi Keropok Lekor Homemade: Lembut, Kenyal & Tak Liat








